10 Filem Yang Lebih Best Dari Versi Buku

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Pernah tak masa kita tengok filem yang asalnya daripada buku, ada orang bagitahu versi bukunya ‘lagi best’. Contohnya bila kita tengok filem-filem The Lord of The Rings atau Harry Potter.

Tapi tahukah anda, ada juga filem-filem yang lebih best daripada bukunya?

Ini adalah 10 filem yang lebih best daripada versi buku berdasarkan konsensus Reddit.

1. Big Fish (2004)

Filem Big Fish menjelajahi dunia yang menakjubkan berdasarkan cerita-cerita bapa si watak utama. Tapi bukunya kurang menceritakan tentang dunia yang menakjubkan tersebut. Ia hanya menceritakan kisah anak manja yang tak puas hati dengan bapanya.

2. Jaws (1975)

Dalam novel Jaws, semua manusia digambarkan jahat dan dapat balik rumah dengan selamat selepas memburu ikan jerung tersebut. Pengarah filem tersebut, Steven Spielberg pernah berkata:

“Selepas membaca novel Jaws, saya sokong ikan jerung tersebut kerana semua karakter manusia dalam novel itu jahat-jahat belaka.”

3. Kingsman (2014-sekarang)

Kingsman merupakan francais filem yang diadaptasi daripada komik Kingsman yang ditulis oleh Mark Millar (penulis Ultimate X-Man, Ultimate Fantastic Four dan Kick-Ass). Punca filemnya jauh lebih menghiburkan daripada komiknya adalah plot filemnya yang tak mengikut plot komik sangat.

4. Forrest Gump (1994)

Diinspirasi daripada novel bertajuk sama yang diterbitkan pada tahun 1986, versi filem Forrest Gump jauh lebih menarik. “Plot novelnya terlalu pelik. Kalau filemnya membuatkan anda rasa bersemangat, bukunya buat anda ketawa sebab plotnya kelakar,” tulis seorang netizen.

5. The Devil Wears Prada (2006)

Filem The Devil Wears Prada diadaptasi daripada novel bertajuk sama yang diterbitkan pada tahun 2003. Dalam novel, watak Andrea Sachs sangat dibenci pembaca kerana dia suka mengeluh. Tetapi dalam filem, beliau berjaya meraih simpati daripada penonton.

6. The Mist (2007)

Filem tahun 2007 ini diadaptasi dari novel The Mist tulisan Stephen King pada tahun 1980. Penamat filem ini sangat mengejutkan penonton sehinggakan mendapat pujian daripada King sendiri. “Penamat filem ini sangat mengejutkan. Lebih mengejutkan daripada apa yang saya tulis,” kata King.

7. Schindler’s List (1993)

Filem yang menceritakan tentang kisah seorang lelaki Jerman yang menyelamatkan tahanan Yahudi semasa Holocaust ini diadaptasi daripada novel Schindler’s Ark yang diterbit pada tahun 1982. Menurut pembaca novel tersebut yang sudah menonton filem Schindler’s List:

“Susah nak habis baca novelnya. Ia sangat membosankan. Ia tiada watak utama. Seolah-olah ditulis oleh lalat di dinding yang menyaksikan insiden tersebut.”

8. The Notebook (2004)

Filem romantik-drama ikonik ini merupakan adaptasi kepada novel bertajuk sama tulisan Nicholas Spark. Ramai pembaca novel tersebut yang menyaksikan versi filem menyatakan karisma watak lakonan Rachel McAdams serta keserasiannya dengan Ryan Gosling adalah aspek yang ‘hilang’ di novel.

9. The Godfather (1972)

Kedua-dua versi novel dan filem The Godfather mendapat pujian. Tetapi kebanyakan pembaca novel yang menonton filem ini memberitahu versi filem lebih cemerlang.

“Bila saya baca novel The Godfather, barulah saya sedar betapa bagusnya filem ini. Filem ini buat keputusan cemerlang tentukan bahagian mana yang perlu dimasukkan, dikeluarkan, ditambah dan ditukar. Bukunya dah bagus. Tapi filem lagi bagus!” tulis seorang netizen.

10. The Silence of The Lambs (1991)

Seperti The Godfather, The Silence of The Lambs juga mempunyai versi filem dan novel yang bagus. Cuma bagi pembaca novel yang menonton filem ini, mereka memberitahu:

‘Adakalanya perincian fakta dalam novel tersebut terlalu berjela-jela sehingga letih untuk dibaca. Tapi dalam filem, ianya sempurna.”

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram