10 Handphone Legend Budak-Budak Zaman 2000-an

Kami jamin jika anda membesar pada zaman 2000-an, anda pernah pakai salah satu daripada 10 handphone legend ini.

Ini zaman sebelum iPhone menjadi kegilaan remaja. Zaman di mana download lagu pakai Napster, LimeWire dan Kazaa adalah benda biasa. Zaman tengok video 240p pun dan cantik dah. Dan zaman main game Java pun dah syok.

1. Sony Ericsson W810i

Ini handphone legend yang wajib anda beli jika anda kaki download mp3 secara haram masa zaman 2000-an dulu. Berharga sekitar RM600-700, handphone ini dikatakan mempunyai speaker dan bass yang paling power. Kamera 2MP handphone ini juga adalah antara yang terbaik pada zaman ini.

2. Nokia 3310

blank

Turut dikenali dengan nama timangan ‘tiga tiga sekupang’, Nokia 3310 adalah handphone legend yang paling murah (sekitar RM200-300) dan paling banyak dimiliki oleh orang-orang Malaysia zaman 2000-an dulu.

Tapi disebalik harga murahnya, handphone ini jauh lebih tahan baterinya dan tahan lasak sehingga turut digelar ‘handphone baling anjing’ (sebab keras dan lasak sampai boleh digunakan untuk halau anjing liar). Handphone ini juga terkenal kerana mempunyai 3 games yang legend: Snake, Bantumi dan Bounce.

3. Nokia N-Gage

Bagi yang suka main game Java (dan kaya), Nokia N-Gage akan menjadi pilihan mereka. Berharga sekitar RM1,000, N-Gage mungkin kelihatan pelik digunakan sebagai telefon. Tetapi bila main game – inilah handphone yang anda mahu guna. Dan disebabkan itulah, N-Gage terkenal dengan reputasinya sebagai telefon yang paling kerap dipinjam orang.

4. Blackberry Bold 9000

For some reason, Blackberry sering digunakan oleh orang-orang yang buat bisnes topup part-time pada ketika itu. Berharga sekitar RM1,200 pada ketika itu, handphone ini turut menjadi pilihan kerana rupanya yang lebih matured dan professional.

Selain itu, ia juga menawarkan sistem mesej percuma yang dinamakan Blackberry Messages atau BBM. BBM membolehkan orang menghantar mesej secara percuma di kala era orang perlu membayar 1 hingga 5 sen untuk satu SMS.

5. Motorola Razr V3i

Motorola Razr V3i dikeluarkan di pasaran Malaysia sekitar tahun 2006, dan selalu menjadi pilihan wanita. Kenapa? Kerana wanita suka dengan rekaannya yang elegan serta barangkali terpengaruh dengan watak-watak drama Korea yang banyak menggunakan handphone jenis flip ini.

Lelaki kebanyakannya tidak gemar handphone ini kerana harganya yang mahal (sekitar RM700) tetapi mempunyai hardware yang inferior berbanding Sony Ericsson dan Nokia.

6. Nokia 7610

Ini satu lagi handphone yang sering digunakan oleh budak-budak kaya era 2000-an. Dikenali dengan nama ‘nokia daun’ kerana reka bentuknya seperti daun, handphone ini turut memiliki kamera yang dianggap terbaik pada tahun 2004.

Berharga sekitar RM900, ia merupakan handphone all-rounder yang cukup baik – sesuai untuk main game, dengar muzik, tonton video dan texting.

7. Nokia 6600

Seperti Nokia 7610, handphone ini juga merupakan handphone mahal yang bersifat all-rounder. Terkenal di Malaysia kerana dilancarkan di Malaysia pada era perkongsian video 3gp sedang memuncak, ia turut dikenali dengan nama ‘nokia sabun’ – satu lagi sexual innuendo bagi sesiapa yang faham. Ini kerana bentuknya yang bulky seperti sabun. Berharga sekitar RM900.

8. Nokia 8250

Sebelum keluarnya Nokia 3310 di pasaran, handphone ini adalah kegilaan remaja awal 2000-an. Digelar ‘nokia butterfly’ kerana bentuk keypadnya yang meyerupai rama-rama, Nokia 8250 secara asasnya sama sahaja dengan Nokia 3310. Cuma lebih mahal, kurang lasak dan cepat panas.

9. Nokia 5700 ExpressMusic

Dilancarkan di pasaran Malaysia sekitar 2007, handphone ini adalah handphone idaman peminat muzik – terutamanya yang sebelum ini mencuba model Sony Ericsson.

Keunikan Nokia 5700 ini terletak kepada inovasi reka bentuknya – apabila dipusing 180 darjah, aplikasi muzik akan dimainkan secara automatik. Handphone ini turut dipuji kerana kualiti speaker-nya yang setaraf – jika tidak lebih baik – daripada Sony Ericsson. Berharga sekitar RM1,300 pada 2007.

10. Nokia 1100

Jika Nokia ‘tiga tiga sekupang’ adalah versi lebih baik ‘nokia butterfly’, Nokia 1100 adalah versi lebih baik antara tiga. Jika Nokia 3310 dipuji kerana reka bentuknya yang lasak dan mempunyai jangka hayat bateri yang lama, Nokia 1100 mengekalkan kelebihan 3310 dan menambah baik kelemahan 3310: keypad.

Nokia 1100 sering digunakan oleh remaja pada zaman 2000-an untuk satu tujuan utama: SMS. Malah penggunaan berterusan membolehkan anda menaip tanpa melihat keypad. Harganya juga murah; sekitar RM200-300 pada tahun 2007.

Jadi anda suka telefon yang mana satu?