4 Sebab Kenapa Anda Kena Tonton Filem Eye on The Ball Di Astro First

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Filem dokumentari Eye On The Ball (EOTB) yang mengangkat kisah pasukan bola sepak cacat penglihatan telah memulakan tayangannya pada hari ini di saluran Astro First. 

Filem arahan Chen Yih Wen ini menampilkan pemain Asri Arshad, Azwan “Kenchot” Azhar serta Rollen Marakim, membuat keputusan meninggalkan keluarga dan merantau ke ibu negara bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan yang dibimbing jurulatih berpengalaman Sunny Shalesh. 

Berikut merupakan empat sebab mengapa anda perlu menonton filem Eye on The Ball di Astro First.

1. Pelakonnya adalah pemain bola sepak buta profesional.  

80 minit tidak terasa lama apabila anda menonton lakonan para pelakon yang merupakan pemain skuad Harimau Buta itu sendiri. Tiga pemain dipilih menjadi watak utama filem ini kerana karakter dan latar belakang mereka yang menarik. 

Bagaimana setiap daripada mereka iaitu Azizi, Azwan, Rollen dan jurulatih Sunny menceritakan suka duka mereka menggapai impian, mereka langsung tidak berasa kekok ataupun ‘kayu’ walaupun menyedari jurukamera mengikuti setiap langkah kegiatan harian mereka di penempatan atlet serta pulang ke kampung. 

2. Diangkat daripada kisah sebenar 

EOTB merupakan sebuah garapan asli daripada pengarah Chen Yih Wen yang pada asalnya merupakan seorang wartawan R.AGE The Star. 

Pertemuan Chen Yih Wen pada awalnya dengan skuad Harimau Buta adalah untuk membuat liputan sebuah video pendek namun akhirnya terinspirasi dengan setiap kisah mereka dan merasakan kisah mereka ini layak ditayangkan pada skala yang lebih besar iaitu filem. 

EOTB menyingkap kisah pahit dan manis sekumpulan anak muda cacat penglihatan yang tekad untuk mengejar cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional. 

Baca juga:

3. Filem yang cantik 

Filem bergenre dokumentari merupakan sesuatu yang baru dan berani dipertaruhkan kepada peminat filem tempatan. Namun, filem dokumentari sukan ini tiada cacat celanya apabila ia bermula dan berakhir dengan kisah suka duka mereka. 

Setiap shot dan suntingan cukup cantik, membuatkan penonton bukan sahaja menikmati cerita malah visual yang dipertontonkan seolah-olah sedap mata memandang.

4. Mesej mendalam 

Jika anda merasa simpati pada pengakhiran cerita, mereka tidak mahu. Pemain bola sepak cacat penglihatan ini tidak mahukan simpati anda untuk mereka bangkit. 

Kisah ini menjurus ke arah memperkasakan, ia boleh menjadi pemangkin kepada sesebuah institusi kelainan upaya untuk mencapai impian, ataupun untuk seorang remaja sindrom down untuk belajar bersungguh-sungguh. 

Daripada filem ini, mesejnya cukup murni, mereka juga boleh buat apa yang orang normal buat. Apa yang mereka perlukan hanyalah sokongan untuk suara mereka didengari oleh pihak kerajaan mahupun NGO lain untuk memberikan keperluan yang sewajarnya untuk mereka berlatih atas nama atlet negara.

blank

Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020. 

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram