4 Tauke Syarikat Pengeluar Sarung Tangan Getah Yang Semakin Kaya

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Wabak pandemik COVID-19 mungkin telah membuatkan ekonomi meleset, tetapi bagi syarikat pengeluar sarung tangan getah di Malaysia, ia membawa durian runtuh.

Ketika ini syarikat-syarikat pengeluar sarung tangan getah di Malaysia menguasai 62% pasaran sarung tangan getah dunia. Bagaimanapun lonjakan permintaan produk tersebut bakal membuatkan penguasaan pasaran mereka meningkat 3% kepada 65%.

Industri sarung tangan getah di Malaysia sentiasa berkembang terutamanya sejak era 80-an apabila penyakit Aids yang disebabkan oleh virus HIV mula merebak ke seluruh dunia.

Ketika industri getah Malaysia berdepan dengan situasi harga komoditinya yang rendah di pasaran dunia, sektor sarung tanganlah yang menjadi penyelamat. Pada 2019, sektor sarung tangan getah menyumbang sejumlah RM17 bilion kepada pendapatan negara.

Dalam pada masa yang sama, ia turut memberi pulangan lumayan kepada pemilik-pemilik syarikat sarung tangan getah di Malaysia.

Tauke syarikat sarung tangan getah dapat manfaat wabak COVID-19

Menurut laporan The Edge, harga syer bagi empat syarikat pengeluar sarung tangan getah yang tersenarai di Bursa Malaysia naik antara 116% hingga 539% dalam masa lima bulan pada tahun 2020. Ini menjadikan harga syer mereka mencapai tahap tertinggi dalam sejarah syarikat.

Seiring dengan peningkatan harga syer syarikat, kekayaan pengasas dan pemilik syarikat-syarikat ini juga melonjak naik. Dianggarkan jumlah kumulatif kekayaan empat ‘tauke’ syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar di Malaysia berjumlah RM42.5 bilion.

Peningkatan kekayaan tertinggi direkodkan oleh pengasas Supermax Corp Bhd, Datuk Seri Stanley Thai yang kini naik taraf dari jutawan ke jutawan mega (billionaire).

Embed from Getty Images

Datuk Seri Stanley Thai (Supermax Corp Bhd)
Jumlah pemilikan syer: 37.218%
Modal pasaran (setakat 5 Jun 2020): RM11.468 bilion
Jumlah kekayaan:
31 Disember 2019 – RM672.59 juta
5 June 2020 – RM4.27 bilion (naik 534.6%)

Dengan pemilikan syer sebanyak 37.2% di syarikatnya, jumlah kekayaan Thai naik lima kali ganda dari RM672.59 juta kepada RM3.7 bilion dalam masa lima bulan selepas wabak COVID-19 bermula.

Thai, 59, bagaimanapun tidak memegang sebarang jawatan di Supermax selepas pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan perdagangan dalaman (insider trading) pada tahun 2017.

Harga syer Supermax naik 500% di Bursa Malaysia ketika ini dengan jumlah modal pasarannya telah mencecah paras RM1 bilion.

Pengasas dan pengerusi eksekutif Top Glove Corp Bhd Tan Sri Lim Wee Chai, 62, pula menyaksikan jumlah kekayaannya meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM12.29 bilion selepas harga syer syarikatnya meningkat kira-kira 259%.

Wee Chai memegang 35.4% pemilikan syer di syarikat pengeluar sarung tangan terbesar di dunia itu.

Embed from Getty Images

Tan Sri Lim Wee Chai (Top Glove Corp Bhd)
Jumlah pemilikan syer: 35.437%
Modal pasaran (setakat 5 Jun 2020): RM43.127 bilion
Jumlah kekayaan:
31 Disember 2019 – RM4.263 bilion
5 June 2020 – RM15.28 bilion (naik 258.7%)

Sementara itu pemegang syer terbesar (49.9%) Kossan Rubber Industries Bhd, Tan Sri Lim Kuang Sia pula menyaksikan jumlah kekayaan meningkat RM2.9 bilion dalam masa lima bulan.

Kuang Sia, 67, yang juga merupakan pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif syarikatnya kini mempunyai jumlah kekayaan sebanyak RM5.5 bilion. Pada lima bulan lepas, jumlah kekayaannya adalah RM2.7 bilion.

Foto: Bloomberg

Tan Sri Lim Kuang Sia (Kossan Rubber Industries Bhd)
Jumlah pemilikan syer: 49.877%
Modal pasaran (setakat 5 Jun 2020): RM11.485 bilion
Jumlah kekayaan:
31 Disember 2019 – RM2.653 bilion
5 June 2020 – RM5.73 bilion (naik 116.2%)

Tetapi dalam banyak-banyak tauke, Kwan Kam Hon, 73, adalah yang paling kaya. Pengasas, pengerusi eksekutif dan pengarah urusan Hartalega Holdings Bhd ini memiliki pemilikan syer sebanyak 49.5% di syarikat pengeluar sarung tangan nitrile di dunia itu.

Jika pada lima bulan lepas nilai kekayaannya adalah sebanyak RM9.14 bilion, Kam Hon kini mempunyai nilai kekayaan hampir RM21 bilion – meningkat 123%. Harga syer syarikatnya pula meningkat 122.6% sehingga kini.

Kwan Kam Hon (Hartalega Holdings Bhd)
Jumlah pemilikan syer: 49.466%
Modal pasaran (setakat 5 Jun 2020): RM41.299 bilion
Jumlah kekayaan:
31 Disember 2019 – RM9.143 bilion
5 June 2020 – RM20.43 bilion (naik 123.4%)

Dalam senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2020 yang dikeluarkan oleh Forbes pada Mac lepas, Kwan duduk di tangga ke-9 dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12 bilion. Ini disebalik kejatuhan nilai mata wang ringgit dan penurunan prestasi saham akibat ketidaktentuan politik dan wabak COVID-19 pada awal 2020 lepas.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram