7 Fakta Menarik Tentang Brian May, Gitaris Queen

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Brian May merupakan gitaris Queen, sebuah kumpulan rock popular dari England. Bersama vokalis mendiang Freddy Mercury dan pemain dram Roger Taylor, May bertanggungjawab menaikkan nama kugiran Queen sehingga ke tahap global sekarang.

Tetapi tahukah anda, selain bergelar gitaris Queen, Brian May juga mempunyai beberapa fakta-fakta lain yang tidak diketahui ramai orang? Malah fakta-fakta ini boleh membuatkan anda sedar betapa hebatnya May di luar pentas konsert!

Ini adalah tujuh fakta menarik tentang Brian May si gitaris Queen:

1. Buat sendiri gitar pertama

Gitar pertama Brian May dibuat sendiri oleh beliau sendiri (ketika remaja) dengan pertolongan bapanya, dan diperbuat daripada kayu pendiangan (fireplace) rumah kawannya yang pada asalnya mahu dibuang. Gitar tersebut mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan dan dinamakan ‘Red Special’ (gambar bawah).

Embed from Getty Images

2. Ada PhD dalam astrofizik

Embed from Getty Images

May mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang astrofizik dari Imperial College London. Beliau memulakan pengajian PhD pada tahun 1970, tetapi terpaksa menangguhkan ‘sementara’ kajiannya untuk memberi ruang kepada karier muzik. Kajian PhD beliau lengkap pada tahun 2007.

3. Bertanggungjawab cipta banyak lagu hits Queen

Embed from Getty Images

Daripada deretan lagu hits Queen, May bertanggungjawab mencipta lagu-lagu hits berikut: “We Will Rock You”, “Tie Your Mother Down”, “I Want It All”, “Fat Bottomed Girls”, “Flash”, “Hammer to Fall”, “Save Me”, “Who Wants to Live Forever”, dan “The Show Must Go On”.

4. Kawan yang baik

Embed from Getty Images

Salah seorang kawan May, Patrick Moore merupakan selebriti TV yang juga merupakan peminat ilmu astronomi tegar. Moore terkenal dengan kecenderungannya menaja pengajian pelajar-pelajar astronomi sehingga kewangannya terjejas teruk. May kemudiannya membantu Moore dengan membeli rumah dan memberi duit (dengan kerjasama anak Moore) – tanpa pengetahuan Moore sendiri.

5. Salur dana kajian penyakit AIDS

Embed from Getty Images

Sejurus selepas selesainya Tribute Concert 1992 yang dianjurkan untuk mengenang memori vokalis Queen, Freddie Mercury yang mati akibat penyakit AIDS, May dan ahli kumpulan Queen yang lain menubuhkan The Mercury Phoenix Trust untuk menyalurkan dana kajian penyakit AIDS. Sehingga kini, The Mercury Phoenix Trust sudah mengumpul USD 17 juta!

6. Sayang alam sekitar

Embed from Getty Images

Pada tahun 2012, May membeli sebidang tanah seluas 157 ekar di Dorset, UK hanya semata-mata untuk menyelamatkan hutan di kawasan tersebut daripada ditebang untuk pembangunan kawasan perumahan. Kawasan hutan tersebut kini dikenali dengan nama ‘May’s Wood’.

7. Benci rokok

Bapa May merupakan perokok tegar. Tabiat bapanya ini membuatkan May sangat membenci rokok, sehinggakan beliau mewartakan sendiri kawasan indoor konsert Queen sebagai kawasan larangan merokok – bertahun-tahun sebelum undang-undang kawasan larangan merokok diwujudkan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai muzik:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram