9 Tips Enjoy Pawagam Pandu Masuk Kalau Anda Kali Pertama Mencuba

Buat pertama kalinya, pawagam pandu masuk (drive-in cinema / theater) akan dibuka di Malaysia dan semua orang tengah teruja!

Kalau anda tak kenal lagi dengan konsep pawagam pandu masuk, secara ringkasnya ia adalah pawagam yang membenarkan anda tengok filem dari kereta anda.

Kalau di pawagam biasa, anda kena parkir kereta, kemudian masuk pawagam dan duduk kerusi yang disediakan mengikut nombor kerusi yang anda beli.

Tapi di drive-in cinema, anda hanya perlu parkir kereta anda dan tengok filem dari dalam kereta atau kawasan berdekatan dengan kereta anda.

Konsep ini sangat popular di Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara di Eropah.

M-Junction sebelum ini mengumumkan akan membuka drive-in cinema pertama di Malaysia. Tetapi masih tiada apa-apa perincian mengenai tatacara pengendalian piawai (SOP) yang diberikan oleh mereka.

Menurut laporan Rojak Daily, drive-in cinema anjuran M-Junction ini dijangka akan dilancarkan pada 15 Julai di Kuala Lumpur. Pelbagai filem tempatan dan antarabangsa, baru dan lama akan ditayangkan.

Idea drive-in cinema ini turut mendapat sokongan kerajaan tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Memandangkan konsep drive-in cinema ini masih lagi baru di Malaysia, mungkin anda tak tahu what to expect?

Macam mana nak bagi pengalaman tengok filem jadi seronok?

Bolehkah anda nampak skrin kalau kena parkir kereta di belakang? Bolehkah dengar bunyi filem kalau tengok dari kereta?

Bolehkah anda biar enjin kereta terpasang masa tengok filem untuk pasang air-cond?

Berikut merupakan 10 benda yang anda kena tahu mengenai drive-in cinema dan tips yang boleh anda ikut untuk enjoy:

1. Duduk dalam kereta

Embed from Getty Images

Di Amerika Syarikat, ada drive-in cinema yang membenarkan penonton menghidupkan enjin kereta semasa filem ditayang supaya aircond dapat dibuka kerana panas kalau duduk di luar.

Tapi ada juga yang tak membenarkan enjin kereta dihidupkan kerana dikhuatiri asap dan bunyi kenderaan akan menganggu penonton lain. Di drive-in cinema sebegini, penonton biasanya akan membawa kerusi lipat sendiri dan tengok dari luar kereta.

Kami tak pasti apa SOP yang bakal dilaksanakan di pawagam pandu masuk pertama di Malaysia nanti. Tapi menurut kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara SOP yang mesti dipatuhi adalah penonton mesti berada di dalam kenderaan masing-masing.

Ini bermakna besar kemungkinan anda perlu menghidupkan enjin kereta anda sambil menonton supaya aircond dapat dibuka dan anda tak panas dalam kereta.

2. Dengar bunyi filem melalui FM radio

Embed from Getty Images

Di kebanyakan drive-in cinema di Amerika Syarikat, anda perlu membuka radio FM dan mengubah frekuensi mengikut ketetapan penganjur untuk mendengar bunyi filem.

Ini bermakna, bergantung kepada sistem stereo kereta anda, kualiti bunyi filem mungkin berbeza-beza. Jika sistem stereo kereta anda biasa-biasa, anda takkan dapat kualiti bunyi sama seperti kualiti bunyi Dolby 5.1 THX seperti di pawagam biasa.

3. Bawa selimut

Embed from Getty Images

Duduk dalam kereta dengan aircond terpasang lama-lama boleh membuatkan anda kesejukan. Jadi anda digalakkan memakai baju tebal atau membawa selimut semasa menonton filem di pawagam pandu masuk.

4. Penumpang di belakang kereta kena duduk tengah sikit

Embed from Getty Images

Apabila menonton filem di drive-in cinema, penumpang di belakang biasanya perlu duduk menegak dan ke tengah sikit untuk dapatkan view yang baik dari dalam kereta.

Tapi biasanya lokasi drive-in cinema berada di kawasan yang sedikit cerun supaya kereta anda mendapat screen view yang terbaik.

5. Polisi bawa makanan luar di pawagam pandu masuk

Embed from Getty Images

Sesetengah drive-in cinema tidak membenarkan makanan luar dibawa masuk seperti pawagam biasa. Penganjur biasanya akan memeriksa kereta anda sebelum masuk ke kawasan parkir kereta.

Tetapi seperti pawagam biasa, ada sahaja orang bawa makanan luar secara sorok-sorok (kalau pandai sorok).

Menurut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, penjualan makanan di drive-in cinema perlu dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

6. Sekuriti akan memeriksa kereta sebelum masuk pawagam pandu masuk

Embed from Getty Images

Seperti yang kami beritahu tadi, penganjur biasanya akan memeriksa kereta anda sebelum masuk untuk memeriksa jika anda membawa makanan luar ATAU penonton lebih.

Menurut kerajaan, anggota RELA akan digunakan untuk tujuan ini.

7. Resolusi skrin pawagam pandu masuk tak sehebat pawagam biasa

Embed from Getty Images

Apabila menonton filem di drive-in cinema, anda perlu bersedia dengan hakikat anda akan menonton dari skrin yang mungkin rendah resolusinya. Anda takkan dapat resolusi setajam dan secantik skrin pawagam biasa.

Jadi pastikan anda pilih filem yang betul jika mahu menonton di drive-in cinema. Filem aksi tak berapa digalakkan kerana anda takkan nampak jelas kualiti CGI dan kepantasan aksi filem.

Sebaliknya, filem yang lebih banyak bercakap berbanding aksi seperti genre drama atau komedi lebih sesuai untuk ditonton di drive-in cinema.

8. Pasang lampu parking jika nak balik awal

Embed from Getty Images

Jika anda perlu meninggalkan drive-in cinema sebelum filem habis, pastikan anda hanya pasang lampu parking ketika keluar.

Memasang lampu jalan bukan akan menganggu pengalaman penonton lain ketika menonton filem dan membuatkan mereka marah.

9. Pilih pawagam pandu masuk untuk pengalaman unik

Embed from Getty Images

Jika anda mahu ‘menonton filem betul-betul’, kami tak sarankan anda menontonnya di drive-in cinema. Anda takkan enjoy. Sebaliknya tontonlah di pawagam biasa yang jauh lebih selesa.

Tetapi jika anda mahukan pengalaman menonton filem yang unik atau anda hanya sekadar mahu lepak-lepak bersembang dengan keluarga atau kawan-kawan sambil menonton filem, drive-in cinema memang perfect untuk anda.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Bacaan Seterusnya