Ammar Jais

patuh kepada rukun negara dan tidak hisap rokok.

5 Langkah Mudah Untuk Membersihkan Permaidani Rumah

Gambar : Trang Nguyen

Pada zaman ini, setiap rumah akan dihias dengan perhiasan yang pelbagai untuk mencantikkan suasana rumah. Antara perhiasan tersebut ialah permaidani atau lebih dikenali dengan panggilan karpet.

Umumnya, diketahui bahawa karpet sangat mudah untuk berhabuk dan perlu dicuci dengan kerap mengikut waktu. Namun, tidak ramai yang mengetahui cara untuk mencuci karpet di rumah dengan cara yang betul lalu menyebabkan ianya tidak bersih dan rosak. 

Selain itu, ramai juga yang menyifatkan bahawa karpet di rumah sukar untuk dicuci dan mengambil masa yang lama.

Hal ini kerana sebahagian besar kita tidak mengetahui cara yang betul untuk mencuci sedangkan kerja in amat mudah dan berkesan.

Di bawah adalah langkah dan cara untuk mencuci karpet di rumah dengan betul dan mudah.

Buang habuk pada permaidani dengan menggunakan vakum cleaner

Langkah yang pertama, gunakan vakum cleaner untuk menyedut kotoran yang melekat pada permaidani. Anda digalakkan untuk menggunakan alatan tambahan khas untuk menyedut habuk pada permaidani yang kebiasaannya disertakan sekali bersama semasa pembelian penyedut hampagas.

Cara lain adalah menggantungkan permaidani pada pagar atau ampaian. Gunakan penyapu lidi atau batang kayu untuk membuang habuk dengan memukul permaidani tersebut. Anda digalakkan untuk menutup hidung dan mulut kerana dikuatiri tersedut debu-debu kecil.

Tips: Pastikan habuk dibuang pada keseluruhan karpet bagi memudahkan kerja yang seterusnya.

Masa yang diambil: 10minit

Gunakan sabun pencuci khas untuk mencuci 

Langkah kedua, bentangkan permaidani anda diatas lantai dan semburkan air pada tekanan yang tinggi supaya air dapat diserap sepenuhnya ke dalam karpet.

Kemudian, gunakan pencuci khas untuk mencuci. Pastikan anda menggunakan sabun pencuci yang sesuai bagi mengekalkan kelembutan dan kualiti fabrik permaidani anda.

Jangan sesekali gunakan pencuci yang akan melunturkan warna karpet anda.

Tips: Gunakan sabun pencuci dengan sukatan dan cara yang betul bagi mengelakkan pembaziran

Masa yang diambil: 7minit

Berus permaidani anda

Gambar : Amazon.com

Berus permaidani anda meggunakan berus khas yang lebih lembut agar permaidani anda tidak rosak. Berus secara perlahan sehingga warna kehitaman keluar dari karpet.

Kemudian bilas karpet anda dengan tekanan biasa dengan menolak kekotoran keluar pada sisi permaidani anda sehingga tiada lagi kesan sabun yang tertinggal.

Tips: Pastikan anda memberus secara satu arah sahaja. Hal ini bagi memastikan kotoran dapat dikeluarkan secara keseluruhan

Masa yang diambil: 15minit

Keringkan permaidani anda pada suhu yang sesuai

Setelah selesai memberus dan membilas, sekarang masa untuk anda keringkan.

Untuk memastikan suhu sesuai ketika menjemur, pastikan permaidani tidak dijemur secara terus di bawah terik matahari kerana boleh menyebabkan permukaan karpet anda menjadi keras. 

Sebaliknya letakkan di bawah bumbung pada waktu panas. Pada suhu yang sesuai, permaidani anda mampu kering dalam masa satu hari.

Tips: Pastikan anda mengeringkan permaidani anda dengan lengkap. Penggunaan permaidani yang masih basah akan menyebabkan kuman merebak dengan pantas dan mudah untuk berbau

Masa yang diambil: 3minit (untuk sidai)

Semburkan dengan pewangi anti-bakteria

Untuk langkah yang terakhir, semburkan pewangi anti-bakteria pada permaidani anda sebelum digunakan bagi menghapuskan bakteria dan mengekalkan bau wangi permaidani anda.

Pastikan anda menyembur pewangi ke serata permukaan karpet agar dapat diserap sepenuhnya bagi menghalang kehadiran bakteria.

Tips: Pilihlah semburan dengan wangian yang disukai dan pastikan wangian itu tidak memberi alahan kepada penghuni rumah

Masa yang diambil: 2minit

Siap!

Berikut merupakan 5 langkah mudah yang patut anda cuba supaya anda mendapat hasil cucian yang baik dan menjamin kelesaan sewaktu menggunakan permaidani anda. 

Jadi, selepas ini tidak perlu lagi menghabiskan wang anda untuk menghantar ke dobi sebaliknya anda dapat mecuci sendiri di rumah dengan jaminan kualiti dan kebersihan yang lebih terjamin.

Lakukan bersama anak-anak pada hujung minggu. Cukup seronok dan salah satu cara untuk mengekalkan keharmonian keluarga.

loading