Hilmy Muslim

Perancang Bandar

Kunci Untuk Produktiviti? Tidak Buat Apa-apa

Otak anda memerlukan masa untuk tidak melakukan apa-apa.

“Tengah buat apa tu?”

Kebiasaannya jawapan bagi soalan tersebut dengan membalas seperti, “Biasa lah, sibuk benar”? Terdapat implikasi yang halus bahawa kita bagus kerana kita sibuk. Adakah itu benar? Beberapa penyelidikan yang sangat menarik mencadangkan sebaliknya.

Gambar: Lifehack

Kita semua mempunyai fokus dan ketahanan produktiviti berbeza-beza, yang mana ahli psikologi terkenal dan pengkaji tidur Nathaniel Kleitman memanggil irama circadian (harian) dan ultradian (pendek, kadang-kadang setiap jam) bagi mengembalikan ketahanan fokus yang hilang. Kajiannya merumuskan bahawa kita paling bertenaga dan berjaga-jaga apabila kita mempunyai istirehat mental yang cukup bagi membolehkan kita melakukan kerja dengan hasil kualiti terbaik.

Menurut pakar produktiviti Tony Schwartz, "Apabila kita memerlukan rehat, tubuh menghantar isyarat jelas kepada kita seperti melakukan kesilapan, kelaparan, mengantuk, dan kehilangan tumpuan. Tetapi kebanyakannya, kita cuba untuk mengatasinya tanpa 'melayan' nya. "Kitaran produktif dan kreatif biasanya hanya 90-120 minit, jadi ia mengesyorkan memperbaharui rehat berkala untuk menetapkan semula tenaga dan perhatian kita.

Sains jelas memberitahu kita bahawa dengan sengaja menguruskan kesibukan dan menyeimbangkannya dengan tidak melakukan atau mencapai apa-apa sahaja akan menggalakkan tenaga yang lebih besar, kejelasan mental, kreativiti, dan fokus sepanjang hari. Di dalam ajaran Islam itu sendiri telah menggariskan bahawa setiap umat Islam wajib untuk melakukan solat lima waktu sehari semalam yang boleh diterjemahkan sebagai 'rehat' berkala daripada urusan sibuk dunia.

Melangkah dalam kehidupan seharian dan aktiviti pekerjaan kita memerlukan aktiviti yang digabungkan dengan tempoh istirahat dan pembaharuan yang tetap. Kita sering melihat dua dimensi kesejahteraan ini dalam kehidupan yang sibuk yang kita jalani hari ini. Dalam dunia yang ditangani dengan teknologi dengan kecenderungan sosial ke arah tindakan, terutamanya di tempat kerja, kita mudah untuk ketagih menjadi terlampau sibuk. Ramai di antara kita tidak pernah menghargai atau membenarkan diri kita mengambil masa untuk tidak melakukan apa-apa.   

Berita baik?

Kita boleh menukar ritma rutin kita dengan meletakkan nilai bukan sahaja pada aktif, tetapi juga tidak aktif. Inilah caranya:

Kenali Ritma Anda

Berhati-hati dengan kebolehan ‘tenaga’ dengan memotivasikan diri sepanjang hari, seminggu, atau bahkan setahun. Membenarkan diri dan memberi keutamaan dengan meluangkan masa untuk tidak mencapai apa-apa.

Kadar Diri

Kita sering silap dengan menganggap perkara yang segera itu penting, tetapi bekerja dengan kadar intensiti yang tinggi dalam jangka masa yang panjang adalah sebenarnya tidak produktif. Mewujudkan ruang antara tempoh aktiviti tegang membolehkan kreativiti, produktiviti dan prestasi tinggi dapat bertahan lebih lama.

Mengutamakan Rehat dan Pembaharuan Semula

Kita sering mengalah terhadap keadaan ‘downtime’ dengan memberi unsur negatif lain menguasai diri. Berhati-hati dalam menyusun jadual yang terlalu sibuk. Tidak perlu memaksimakan aktiviti pada setiap saat. Berilah peluang waktu untuk rehat, pembaharuan dan pemulihan seperti yang dilakukan oleh atlet terbaik sukan. Jadi gunakan amalan ini untuk bekerja dan kehidupan dengan baik.

Mengurus Pemikiran Negatif

Membenarkan diri anda untuk berehat dan tidak melakukan apa-apa mencetuskan pemikiran negatif. Kita memberi lebih banyak perhatian kepada negatif daripada yang positif.

Oleh itu, berhati-hati mengawal kecenderungan fikiran untuk menilai, dan kuasa self-judgement mempengaruhi tingkah laku anda.

Mengambil Masa untuk Berzikir

Mengambil masa untuk refleksi diri dapat mewujudkan ruang bukan sahaja untuk pembaharuan tetapi juga pemahaman. Mempunyai “amalan dalaman” yang memupuk keupayaan untuk menghargai dan menikmati pengalaman hidup sendiri. Berzikirlah dan menjadikannya satu ciri wajib dalam ritma dan rutin kerja dan kehidupan anda.

loading