Mohd Khaidzir

Penjual Ubat Kuat

20 Negara Paling Kuat Dalam Dunia

Secara keseluruhannya, terdapat 195 negara berdaulat di atas muka bumi ini dan daripada jumlah ini, ada negara yang kaya, ada yang miskin, ada yang luas dan ada yang kecil. Daripada kesemua negara ini, US News & World Report telah mengeluarkan laporan kajian mengenai negara manakah yang paling kuat di dunia, berdasarkan penilaian terhadap 80 buah negara.

Maksud kuat di sini bukanlah dalam konteks ketenteraan semata-mata atau negara manakah yang mempunyai paling ramai pengguna Facebook, tetapi lebih kepada beberapa kriteria seperti sejarah, kualiti hidup dan kewarganegaraan.

Selain itu, bagaimana ekonomi dan politik mempengaruhi negara tersebut dan juga hubungan antarabangsanya turut diambil kira dalam kajian ini.

Berikut adalah senarai 20 negara yang paling kuat dalam dunia.

20 - Pakistan

Pakistan dikenali sebagai negara pengeluar dan pengeksport tekstil, karpet dan permaidani namun ketidakstabilan politik, korupsi dan gangguan pelampau telah sedikit sebanyak membantutkan pelaburan luar dan pembasmian kemiskinan.

Kemajuan dalam bidang pendidikan, infrastruktur dan sektor kesihatan juga agak perlahan di negara Asia Selatan ini. Hak kesamarataan antara wanita dan lelaki juga jauh sekali untuk dibanggakan. 

Kewujudan negara ini dalam senarai ini adalah kerana kekuatan tentera mereka selain mempunyai teknologi nuklear.

19 - Sweden

Walaupun negara ini hanya mempunyai populasi seramai 10 juta, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sweden jauh lebih tinggi daripada Pakistan. 

Antara budaya di Sweden | Gambar : Go To

Meskipun sejarah penubuhan negara ini berasaskan ketenteraan, pentadbiran pada zaman moden kini lebih menumpukan kepada pembangunan modal insan dan hak asasi manusia serta kelestarian negara.

Ini terbukti apabila Sweden menduduki tangga keenam negara paling ingin diduduki di dunia.

18 - Itali

Dikenali sebagai negara katolik yang cukup kuat, Itali kini berada dalam ketidakstabilan politik selepas Perdana Menteri Matteo Renzi meletakkan jawatan pada hujung tahun lalu. 

Matteo Renzi - letak jawatan selepas gagal dalam referendum konstitusi Itali | Gambar : Independent

Walaubagaimanapun, ekonomi Itali masih lagi stabil dan menduduki tangga ketiga kuasa ekonomi dalam zon EU.

17 - Australia

Walaupun negara ini berada di tangga yang agak rendah di sebalik kekuatan dan pengaruh mereka secara global, Australia menduduki tangga keempat dari segi kualiti hidup. 

Jadi, tidak hairanlah jika kita lihat ramai warganegara dari negara-negara Asia terutamanya berpusu-pusu untuk bermigrasi ke ke negara ini.

16 - India

India boleh dikatakan sebagai negara demokrasi terbesar dunia dengan populasi seramai 1.3 billion. Mereka juga merupakan negara yang paling pesat perkembangan ekonominya pada 2016.

Walaubagaimanapun, krisis kewangan terbaru nyata telah memberikan impak yang besar kepada ekonomi India di mana mereka kehilangan 11 billionaire dan 86% daripada edaran tunai.

15 - Switzerland

Negara kecil di Eropah ini telah dinamakan sebagai negara paling seronok untuk didiami di dunia. Mereka juga merupakan negara ke-11 paling kaya dari segi KDNK perkapita, selain sangat menarik kepada ahli perniagaan kerana cukai korporat yang rendah.

Antara pemandangan di Switzerland | Gambar : Pinterest

Malah, ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) juga turut membina salah satu daripada pejabat utama mereka di sini.

14 - Iran

Iran menjadi perhatian dunia sejak sekian lama kerana tiga faktor utama; 1) kekuatan tentera dan nuklear, 2) lokasi strategik di Timur Tengah dan 3) sumber minyak mentah dan alam semula jadi.

Negara Parsi ini juga memegang 9% daripada rizab minyak dunia.

13 - Turki

Turki merupakan jalan penghubung antara negara Timur Tengah dan juga Kesatuan Eropah (EU), dan hubungan antara kedua-dua bahagian dunia ini semakin penting memandangkan banyak konflik yang berlaku di negara berdekatan.

Pada bulan September, Setiausaha Negara Britain, Boris Johnson menyatakan kesudian untuk menyokong negara ini menyertai EU namun hubungan Turki dan beberapa negara EU merencatkan perancangan ini.

12 - Kanada

Kanada merupakan negara kedua yang paling selesa untuk didiami menurut laporan US News tetapi kuasa di arena antarabangsa tidaklah sekuat jiran mereka, Amerika Syarikat meskipun menjadi rakan niaga terbesar negara Uncle Sam.

Justin Tredeau -Perdana Menteri Kanada yang disukai umum | Gambar : Time Magazine

 Walaupun sekadar berpopulasi seramai 36 juta penduduk, negaranya yang luas ternyata memberikan kelebihan ekonomi kepada bekas koloni British ini di mana mereka merekodkan KDNK bernilai USD 1.8 trillion.

11 - Korea Selatan

Hubungan yang tegang dengan negara jiran. Korea Utara, menyebabkan Korea Selatan sering menerima sokongan ketenteraan dan bantuan politik daripada kuasa-kuasa dunia. 

Negara ini juga merupakan salah satu daripada penerima pelaburan asing terbesar dunia, selain muncul sebagai pengeksport keenam terbesar di dunia melalui jenama-jenama mereka seperti Samsung dan Hyundai.

10 - Emiriyah Arab Bersatu 

Negara kecil yang terdiri daripada tujuh wilayah ini merupakan salah satu daripada pengeksport terbesar senjata api, selain Arab Saudi di rantaunya.

Mereka juga muncul sebagai negara kedua terbesar dari segi belanjawan ketenteraan di kalangan negara-negara Arab. Kemajuan infrastruktur di seluruh negara, terutamanya di Dubai telah menjemput ramai pedagang asing untuk melabur di negara ini.

9 - Arab Saudi

Sebagai penyimpan rizab minyak terbesar dunia, Arab Saudi juga muncul sebagai antara negara terkaya dan terkuat di Timur Tengah. 

Hubungan rapat mereka dengan Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah menjadikan negara ini sebagai pintu masuk kepada pengaruh ketenteraan barat dan juga politik, meskipun negara monarki ini dibelenggu kontroversi hak asasi manusia.

8 - Israel

Negara Timur Tengah ini mempunyai hanya 8 penduduk, tetapi mereka adalah watak utama dalam pembentukan geopolitik serantau dan dunia - terima kasih kepada hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.

Walaupun krisis yang berpanjangan dengan Palestine, negara Yahudi ini mempunyai ekonomi yang kukuh, taraf pendidikan dan pendapatan perkapita yang tinggi.

7 - Jepun

Fikir Jepun, fikir robot. Ini adalah kerana negara matahari terbit ini merupakan negara yang sangat maju dari segi teknologi dan sains. 

Mereka juga muncul sebagai kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia, selepas pulih daripada serangan tsunami yang merosakkan banyak infrastruktur dan kemudahan sektor pembuatan.

Jenama-jenama produk mereka juga tersebar dan cukup dikenali di serata dunia.

6 - Perancis

Dengan KDNK per kapita bernilai USD 42,384, Perancis muncul sebagai salah satu daripada kuasa ekonomi di Eropah. Mereka juga merupakan antara negara pengeksport terbesar pelbagai jenis senjata.

Pengaruh jiran Britain ini ke seluruh dunia meliputi sains, politik, ekonomi dan juga budaya, menurut US News.

5 - Jerman

Jerman boleh dikatakan sebagai pusat ekonomi di Eropah dan mereka jarang sekali terjejas walaupun dibelenggu krisis ekonomi. 

BWM
BMW - salah satu lambang automotif Jerman | Gambar : Virgin Experience

Sejak penyatuan antara Jerman Barat dan Timur, negara ini telah melangkah jauh dalam bidang politik, ekonomi dan juga teknologi. Mereka juga merupakan kiblat utama dalam sektor kejuruteraan automotif.

Ada banyak perkara yang boleh diambil sebagai contoh dari Jerman, selain Octoberfest.

4 - United Kingdom

Suatu ketika dahulu mereka pernah menakluk hampir seluruh pelusuk dunia dan disebabkan itu, negara kepulauan yang sama besar dengan Malaysia ini mampu untuk memberikan impak yang signifikan dari segi ekonomi, politik dan juga budaya.

Penarikan diri daripada EU menerusi satu referendum pada tahun lalu dijangka akan memberikan sedikit kesan negatif terhadap negara Queen Elizabeth ini.

3 - China

Kewujudan China di mata dunia semakin mendapat perhatian banyak pihak. Rumah kepada 1.4 billion penduduk ini mempunyai batalion tentera terbesar di dunia.

Sejak membuka ekonomi kepada dunia luar, mereka terus berkembang dengan pesat dan dijangka akan menjadi kuasa ekonomi utama dunia menjelang 2050.

2 - Russia

Negara terbesar dunia dari segi keluasan ini mempunyai sumber semula jadi yang cukup besar. Disebabkan itulah mereka juga muncul sebagai kuasa ekonomi dunia.

Russia di bawah Vladimir Putin juga semakin hari semakin banyak berbelanja untuk menguatkan lagi angkatan tentera dan jauh meninggalkan sekutu mereka di NATO.

Pada masa ini Russia membelanjakan 5.4% daripada KDNK mereka untuk sektor pertahanan, jauh meninggalkan Amerika Syarikat yang berbelanja 3.3%.

1 - Amerika Syarikat

Donald Trump telah dilantik sebagai presiden baharu, menggantikan Barrack Obama yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Walaupun kepimpinan Trump semakin hari semakin dipersoalkan kewarasannya, negara ini masi lagi mengekalkan pengaruh mereka di seluruh dunia.

Donald J Trump - presiden baru yang tidak digemari | Gambar : Chicago Tribune

Ekonomi, politik, budaya dan sektor hiburan mereka ternyata telah menjadi pengaruh utama di seluruh pelusuk alam, selain belanjawan ketenteraan yang besar cukup untuk meletakkan sebagai negara terkuat di dunia.

Artikel diolah dari sumber :

Independent

US News

Wikipedia

loading