Rusdy Ahmad

Writer - Coder - Silent Reader

Tutorial Menggunakan Emel Domain Sendiri di Yandex

Sedia kita maklum Google telah menghentikan penggunaan nama domain sendiri secara percuma di Gmail.com.

Kini yang tinggal cuma servis berbayar dengan harga $5 sebulan (pakej basic) bagi setiap satu akaun emel. 

Photo by Jay Wennington on Unsplash

Pakej Basic terhad kepada 30GB manakala Business & Enterprise tersedia dengan unlimited storage. Rujuk senarai harga bagi pakej Edisi G Suite

Pakej Basic G Suite

Gunakan Yandex.com Sebagai Alternatif (PERCUMA)

Alternatif kepada Gmail anda boleh gunakan perkhidmatan emel dari Yandex.com. Yandex adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Rusia.

Lihat dan ikuti tiga di bawah untuk menggunakan emel dengan nama domain sendiri di Yandex.

Pertama

Daftar akaun percuma di https://passport.yandex.com/re... terlebih dahulu. Setelah selesai pendaftaran ikuti langkah kedua di bawah.

Kedua

Buka pautan Mail for Domain https://domain.yandex.com/doma...

Connect domain. Pada bahagian ini masukkan nama domain anda.

Masukkan nama domain dan klik pada butang Connect domain.

Selepas klik butang Connect domain anda perlu verify nama domain tersebut. Akan wujud paparan Delegate your domain to Yandex


Buka domain manager anda, iaitu di mana nama domain tersebut dibeli sebelum ini. Contoh di namecheap.com, godaddy.com, name.com, exabytes, serverfreak atau sebagainya.

Sila kemaskini DNS server kepada

Primary DNS server: dns1.yandex.net

Secondary DNS server: dns2.yandex.net

Proses ini akan mengambil sedikit masa. Biasanya selama 24/48 jam atau lebih cepat. Ianya bergantung kepada domain registrar anda. Proses menunggu ini dipanggil propagation.

Setelah selesai propagation akan wujud status Domain Connected. 

Ketiga

Anda boleh mula mencipta akaun emel sendiri contoh [email protected] pada bahagian Add Mailbox

Anda boleh cipta sebanyak mana emel yang anda mahukan. Setiap akaun dihadkan kepada 10GB storage

Sekiranya domain anda mempunyai laman web utama sila klik pada DNS editor.

Pada bahagian ini untuk kemaskini Hosting IP Address

Klik options untuk tukar IP Address Server anda pada bahagian @ A  dan www A. Secara default, Yandex akan wujudkan www AAAA. Hapuskan ia sekiranya anda tidak menggunakan IPv6.

Options yang selebihnya abaikan.

Akses ke Emel

Untuk akses ke emel anda boleh layari https://mail.yandex.com/

Pada bahagian username masukkan emel penuh anda contoh, [email protected] dan katalaluan yang anda cipta sebelum ini.

Android

Bagi pengguna Android anda boleh muat turun aplikasi Yandex di Google Play Store

iOS

Bagi pengguna Android anda boleh muat turun aplikasi Yandex di App Store


Sebarang pertanyaan berkenaan pemasangan emel domain sendiri di Yandex gunakan bahagian komen di bawah.

loading