AirAsia Unlimited Pass RM399: Satu Amaran Kepada Bakal Pembeli

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Ketika ini ramai yang dah beli AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia yang berharga RM399. Menurut AirAsia, pembelian Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini membolehkan rakyat Malaysia terbang ke mana-mana di seluruh Malaysia pada bila-bila masa. Nampak menarik kan?

Secara teknikalnya, jika anda membeli Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini, anda masih kena bayar dua benda: caj servis penumpang (RM11) dan caj servis kawal selia (RM1).

Ini bermakna walaupun anda tak beli makanan dalam pesawat dan tidak dikenakan caj berat bagasi tambahan, anda masih kena bayar RM12 tersebut.

Tapi kira OK la kan? RM12 je. Yang penting harga tiket dah masuk dalam Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini.

Kelebihan AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia

Dari segi teori, idea Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini sangat menjimatkan poket orang yang selalu naik kapal terbang. SoyaCincau membuat perbandingan kos penerbangan KL ke Kuching dengan dan tanpa Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini.

Dengan Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia, kos penerbangan pergi balik menjadi hanya RM24. Tanpa Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia, kosnya adalah RM497.98. Memang jimat kan?

Tapi belum pun seminggu Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini dijual, sudah ada rungutan mengenainya daripada pembeli sehingga mencadangkan sesiapa yang berminat membatalkan hasrat untuk membeli. Apa yang mereka rungutkan?

“Pencarian tambang promosi RM12 umpama mencari jarum peniti dalam jerami”

Muhammad Saedi adalah antara yang telah membeli Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia. Dalam satu post yang ditulis Facebook, dia mengadu:

“Airasia ni kalau nak buat promo pun biar la ada etika. Konon bayar voucher RM399 dan boleh dapat harga tiket flight flat rate RM12 kemana-mana destinasi dalam negara.

“Selepas proses pembayaran voucher diatas talian sebanyak RM399 yang cukup mudah dan cepat, pencarian tambang promosi RM12 umpama mencari jarum peniti dalam jerami. Puas mencuba pelbagai destinasi dan tarikh tapi tidak berjaya.

“Agaknya berapa % saja seat yang dibawah promo ini? Takkan pelanggan yang ambil voucher ini semuanya pakat terbang setiap hari!

“Bayangkan seorang bayar RM399. Kalau 100 ribu pelanggan, Airasia dah dapat upfront RM39.9 juta 🤨🤨🤨 .

“Kita faham keadaan aliran tunai Airasia yang agak getir kesan Covid-19. Sebagai pelanggan kita sedia menyokong inisiatif promosi seperti ini untuk beri suntikan tunai kepada Airasia supaya mereka boleh terus beroperasi. Cuma jangan la tipu pelanggan!

“Harap pihak pengurusan kanan Airasia atau pihak kementerian KPDNHEP boleh siasat. Jangan ada lagi yang tertipu!

blank

Saedi tidak keseorangan. Seorang lagi pembeli, Aiman Fawwaz berkata:

“Ini satu penipuan! Jangan beli (Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia) dari AirAsia! Saya baru beli semalam. Langsung tak boleh tempah penerbangan (100% off).

“Unlimited kepala budak dia. Punya la susah nak cari date n time yg ada 100% off. Bagi orang nak ke Sarawak dan Sabah memang mudah dapat. Destination lain susah nak dapat. Kenapa dari awal-awal tak bagi nama ‘Limited Pass’ je kan senang?”

blank

“Baca terma dan syarat (T&C) AirAsia Unlimited Pass betul-betul”

Bagaimanapun ada juga pembeli Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia yang tidak bersetuju dengan tuduhan AirAsia menipu pelanggan.

“Elok je dah beli pun. RM12. Unlimited usage tapi limited times and seats,” kata Syafiq Shahri.

blank

Shahrul Izwan pula menasihatkan bakal pembeli:

“Unlimited pass. With a strict T&C. Kena baca dulu semuanya. Fahamkan sebelum beli.”

Nordin juga bersetuju bakal pembeli mesti baca terma dan syarat Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia sebelum membeli:

“Dalam T&C, dah jelas dinyatakan ia berdasarkan penerbangan yang 100% off – iaitu penerbangan yang tak banyak tempahan, terhad dan sangat jarang untuk dapat. AirAsia dah beri dah maklumat. Cuma tinggal pelanggan untuk ambil risiko beli atau tidak.

“Bila anda beli, anda bersetuju untuk ambil risiko ini. Kalau anda tak setuju, jangan beli. Kenapa pula ia dikatakan penipuan kalau maklumat dah diberi daripada awal?”

Muhd Adam pula berkata Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia ini hanya sesuai dibeli untuk mereka yang mempunyai masa kerja fleksibel sahaja:

“Pernah baca FB Kamarudin Meranun (Pengerusi AirAsia), katanya (Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia) sesuai untuk yang ada masa (kerja) fleksibel. Yang masa kerjanya tetap dan terikat dengan masa kerja, tidak disarankan.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram