Amazon Menambah 50 Juta Pelanggan Baharu Sepanjang Pandemik

Menurut Jeff Bezos, Amazon telah berjaya menambah sejumlah 50 juta pelanggan bagi produk penstriman video mereka, Amazon Prime. Sejak dilancarkan pada tahun 2005, peningkatan pelanggan sebanyak 33 peratus ini merupakan penambahan pelanggan paling tinggi dalam sejarah Amazon Prime.

Kini Amazon Prime berada di tangga kedua di belakang Netflix. Satu lagi produk yang meningkat naik dengan cepat adalah Disney+ yang kini memcecah 94 juta pelanggan, hanya dalam tempoh masa setahun sahaja.

Hanya sehingga tiga tahun lepas, kegemilangan stesen televisyen di Amerika Syarikat masih lagi didominasi oleh ABC, CBS dan NBC. Namun pada hari ini, stesyen televisyen semakin ketinggalan jauh oleh syarikat penstriman video yang rata-ratanya didanai oleh syarikat teknologi dan mempunyai modal yang besar untuk melabur di dalam kandungan asli mereka.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram