Astro Uji Permintaan Pengguna Yang Mahu Langganan Tanpa Dekoder

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Astro dilaporkan sedang menguji permintaan orang ramai untuk langganan pakej salurannya tanpa perlu memasang set-to-box (STB) mereka.

Ketika ini jika orang ramai mahu menonton Astro di telefon (melalui aplikasi Astro Go), mereka perlu menjadi pelanggan STB yang dipasang melalui sambungan IPTV di TV rumah.

Mereka yang mahu menonton kandungan Astro melalui Android TV juga tak bernasib baik kerana aplikasi Astro tidak ditawarkan di Android TV.

Kali ini Astro mahu menguji apakah ada permintaan daripada orang ramai untuk langganan Astro tanpa STB.

Untuk menyatakan minat anda, anda perlu mendaftar di pautan di bawah:

(Sila klik) Daftar minat melanggan Astro TV App Beta Programme

Selepas mendaftar, anda akan diberitahu melalui emel sama ada anda layak atau tidak.

Ujian beta aplikasi Astro TV itu dikenakan yuran RM1 (RM1.06 termasuk cukai) dan akan dibuat selama 2 bulan.

Dengan aplikasi Astro TV tersebut, anda boleh melanggan servis dan kandungan Astro tanpa dekoder atau apa-apa pemasangan perkakas. Dalam erti kata lain, anda boleh melanggan Astro sepertimana anda melanggan Netflix.

Dan seperti Netflix, anda tidak akan terikat dengan kontrak dan boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa.

Dengan hanya sambungan Internet, anda boleh mengakses 43 saluran dan lebih daripada 10,000 kandungan video-on-demand (VOD) Astro melalui telefon Android atau Android TV anda.

Jika anda menonton melalui Android TV, Astro memaklumkan setakat ini hanya Android TV di Sharp Smart TV dan SONY Smart TV yang mempunyai aplikasi Astro TV. Bagi mereka yang tidak mempunyai Smart TV Sharp dan SONY, anda boleh menontonnya melalui aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun dari Google PlayStore.

blank

Pengguna juga boleh menikmati pelbagai fungsi seperti ‘Play From Start‘ jika rancangan telah berlangsung tengah jalan, serta 200 jam storan di cloud untuk menyimpan kandungan dan ditonton kemudian.

Tawaran baru ini pastinya akan mendapat permintaan menggalakkan daripada orang ramai yang mahu menonton kandungan-kandungan sukan siaran langsung dari saluran Astro SuperSport HD, Astro SuperSport 2 HD, Astro SuperSport 3 HD, Astro SuperSport 4 HD, beIN Sports HD, Fox Sports HD, Fox Sports 2 HD dan Fox Sports 3 HD tanpa perlu melanggan saluran lain yang tak diminati.

Ketika ini orang ramai yang mahu menonton kandungan siaran langsung sukan tanpa langganan STB Astro perlu berpuas hati dengan hanya siaran langsung haram di Internet ataupun aplikasi siaran langsung haram di Android TV.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Kongsi Di Facebook