Azwan Ali Kena Denda RM17,000 Hina ‘Frontliners’

azwan-ali-covid-19

Pengacara popular, Azwan Ali, di arah untuk membayar denda RM17,000 atas tuduhan membuat video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID-19. Keputusan tersebut di buat oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Azwan Ali juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan jika dia gagal membayar denda tersebut seperti yang diperintahkan oleh Hakim Azura Alwi.

Pengacara yang terkenal dengan kelantangannya itu mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik video menghina ‘frontliners’ Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Terdahulu, Azwan Ali yang berpakaian serba hitam, didakwa menggunakan laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Azwan Ali Mohon Maaf

Menyedari video yang dimuat naik itu menyinggung perasaan para petugas di Hospital Putrajaya, Azwan Ali tampil memohon maaf melalui video di saluran youtube miliknya.

Ketika negara kita sedang berjuang melawan ancaman COVID-19, marilah kita sama-sama menjaga sensitiviti ketika menggunakan media sosial.

Bacaan Seterusnya