Baskin Robbins Buat Promosi Beli 1 Percuma 1 Sehingga 30 Julai

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Baskin Robbins melancarkan kempen promosi Beli 1 Percuma 1 bermula hari ini sehingga 30 Julai 2020 di semua cawangannya di seluruh negara.

Menurut Baskin Robbins, setiap pelanggan layak untuk mendapat ais krim percuma perisa pilihan hari apabila membeli ais krim bersaiz Single Regular bermula 30 Jun hingga 30 Julai 2020.

Ini bermakna pada setiap hari sehingga 30 Julai, Baskin Robbins akan mengumumkan 31 perisa pilihan yang berbeza-beza dalam masa 31 hari, iaitu tempoh kempen promosi ini.

Untuk melayakkan anda dapat ais krim percuma, anda hanya perlu membeli ais krim bersaiz Single Regular. Kemudian anda akan mendapat 1 aiskrim bersaiz Junior Cup dan berperisa pilihan hari tersebut.

Untuk melihat perisa pilihan apa yang diumumkan layak di bawah promosi hebat ini, anda boleh tengok di laman sesawang rasmi dan media sosial Baskin Robbins.

Contohnya pada hari ini, 30 Jun 2020, Baskin Robbins memilih perisa Pralines N’ Cream. Jadi untuk mendapat ais krim percuma perisa Pralines N’ Cream, pastikan anda memesan ais krim bersaiz Single Regular pada HARI INI.

Pada esok, 1 Julai 2020, Baskin Robbins akan mengumumkan perisa Blue Raspberry Sherbet pula.

Menurut Baskin Robbins, promosi ini dibuat untuk memperkenalkan dan menggalakkan anda mencuba semua perisa unik yang dijual di Baskin Robbins.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram