Bayi Ini Dilahirkan Ketika Letupan Beirut Hancurkan Hospital

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Ketika letupan ammonium nitrat meletus di Beirut, Lubnan, seorang ibu, Emmanuelle Khnaisser sedang bertarung nyawa di hospital untuk melahirkan anaknya.

Letupan tersebut menghancurkan sebahagian besar dewan bersalin yang pada ketika itu dihuni oleh seorang doktor dan beberapa jururawat yang sedang membantu Khnaisser melahirkan anaknya. Insiden tersebut dapat dilihat menerusi video di bawah:

Video tersebut yang dirakam oleh suami Khnaisser, Edmound, menunjukkan detik-detik anak mereka dilahirkan sebelum impak letupan menghancurkan dinding dan tingkap dewan bersalin.

Bagaimanapun, semua orang dalam dewan bersalin tersebut terselamat dengan hanya sedikit luka akibat impak dari tingkap kaca yang pecah.

Dalam satu tulisan di media sosialnya, Edmound memuji usaha doktor dan jururawat dalam memastikan keselamatan isteri dan anak barunya.

“Anak saya George telah dilahirkan ketika letupan [Beirut] berlaku. Saya tak percata kami semuanya terselamat.”

Sebelum ini Rencah melaporkan Lubnan dikejutkan dengan dua letupan kuat menggegarkan Beirut. Letupan tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya 157 nyawa dan mencederakan lebih 4,000 orang.

Kerajaan Lubnan menganggarkan letupan yang berlaku pada 4 Ogos, jam 6 petang waktu tempatan tersebut telah menyebabkan kerugian berjumlah USD15 bilion (RM63 bilion).

Letupan berpunca daripada percikan api yang terkena baja pertanian ammonium nitrat seberat 2,750 tan disimpan dalam gudang pelabuhan tersebut.

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram