Bella Astillah Hamil Anak Kedua Aliff Aziz

bella-astillah-hamil-anak-kedua-aliff-aziz

Semenjak kisah selingkuh sehingga membawa kepada penceraian dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah Mei tahun lalu, pasangan itu sering menjadi perhatian netizen.

Malahan netizen turut berteka-teki tentang hubungan mereka berdua apabila Bella Astillah dan Aliff Aziz sering keluar bersama walaupun sudah bercerai, seolah-olah memberi bayangan kepada peminat bahawa mereka sudah rujuk semula.

Pasangan serasi Aliff Aziz dan Bella Astillah

Menerusi media sosial instagram, akhirnya Bella Astillah tidak lagi berselindung mengenai status perhubungannya bersama Aliff Aziz.

Menjawab soalan perminat, Bella mengatakan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua serta mengesahkan sendiri dia dan Aliff Aziz sudah rujuk semula ketika dalam tempoh iddah lagi.

Ketika terdapat segelintir yang mempersoalkan perangai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah dalam rumah tangga mereka, Bella berkata dia hanya berserah kepada Allah.

“Itu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu, saya jalani, tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan,” balasnya.

Dalam ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz. Netizen turut berharap agar kehadiran anak kedua ini dapat menguatkan lagi mahligai perkahwinan yang dibina mereka berdua.

Semasa dalam tempoh iddah, Bella Astillah pernah dikaitkan dengan pelawak Zizan Razak apabila kemesraan mereka berdua menjadi buah mulut orang ramai.

Baca juga artikel lain yang mungkin menarik bagi anda:

Sumber: