Bloomframe® Ubah Tingkap Jadi Balkoni Dalam Masa 55 Saat

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Sebuah syarikat arkitek dari Belanda mempatenkan rekaan Bloomframe® yang membolehkan tingkap rumah anda bertukar menjadi balkoni dalam masa 55 saat.

Dengan Bloomframe®, penghuni rumah dapat menikmati persekitaran rumah yang fleksibel. Kalau nak udara segar, tukar tingkap jadi balkoni dengan hanya petikan satu suis. Kalau nak udara penghawa dingin, tukar balkoni jadi tingkap – juga dengan hanya satu petikan satu suis.

Apa yang menariknya, Bloomframe® kini bukan lagi satu prototaip dan sudah boleh mula dibeli. Produk rekaan firma arkitek Belanda, HofmanDujardin sudah dipasang di bangunan-bangunan sekitar Amsterdam, New York, Paris, Beijing dan Australia.

Malah Bloomframe® turut telah memenangi banyak anugerah rekaan dari pelbagai badan dan media di seluruh dunia.

Difahamkan kos untuk memasang Bloomframe® adalah antara USD11,500-14,500 (RM47,656-60,088).

Maklumat lanjut mengenai Bloomframe® boleh diperolehi menerusi laman sesawang rasmi mereka di sini.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram