Buat Kerja Di Rumah Tanpa Gangguan Dalam Khemah Pejabat Ini

Sebuah syarikat Jepun memperkenalkan produk khemah pejabat peribadi boleh lipat yang dinamakan ‘200 TENT001’ sebagai satu cara membolehkan anda bekerja di rumah tanpa sebarang gangguan.

Khemah pejabat peribadi ini boleh dipasang di mana-mana ruang rumah anda. Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pengguna yang bekerja dari rumah.

Bekerja dari rumah mungkin kedengaran menarik.

Tetapi tanpa disiplin, ia sukar dilakukan. Ini kerana di rumah, kita mempunyai banyak benda yang boleh menganggu dan melekakan kita. Contohnya TV, sofa empuk, makanan dalam peti ais, katil, budak kecil, binatang peliharaan dan banyak lagi.

200 TENT001 datang berwarna hitam, bersaiz cukup-cukup muat untuk seorang dewasa, berbentuk cakera ketika dilipat dan berbentuk kubik ketika dibentangkan.

Bagaimanapun anda perlu meletakkan kerusi dan meja anda sendiri di khemah pejabat ini.

Selain menjadi work station, 200 TENT001 turut boleh dijadikan gaming station, ruang conference call, tempat belajar atau mini studio.

200 TENT001 turut mempunyai bukaan bumbung dan tingkap untuk membolehkan cahaya masuk.

Selain itu anda juga boleh menggantung lampu di dalamnya. Ia juga mempunyai poket yang anda boleh isi dengan botol berisi air untuk mengelakkan khemah pejabat anda mudah runtuh.

Harga 200 TENT001 di Jepun adalah ¥8,000 atau RM321.

Anda boleh tengok bagaimana 200 TENT001 digunakan dalam video di bawah:

Baca juga artikel kami lain yang mungkin menarik perhatian anda:

Bacaan Seterusnya