Bunga Citra Lestari Rilis Lagu Kenangan 12 Tahun Dengan Ashraf Sinclair

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Bunga Citra Lestari mengabadikan kenangan cintanya dengan suami, Ashraf Sinclair dengan lagu bertajuk ’12 Tahun Terindah’ di YouTube.

“Terima Kasih Tuhan kau telah berikan 12 tahun terindah bersama dirinya menjalani cinta yang ku pikir tak ada, takkan ku tukar dengan apa pun di dunia”.

Begitulah antara bait lirik lagu baru penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari, 37, atau lebih dikenali sebagai BCL yang meruntun hati setelah kehilangan suami tersayang.

Sewaktu berita ini ditulis, lagu terbaru beliau berjudul ‘12 Tahun Terindah’ di laman akaun YouTube rasmi ‘It’s Me BCL’ mendapat sambutan positif apabila sudah ditonton hampir 1.8 juta kali selepas 4 jam dimuat naik. 

Melalui klip muzik video rasmi itu dapat dilihat imbasan kembali kenangan manis bersama suaminya Allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair atau Ashraf Sinclair bersama anak tunggal mereka Noah Aidan Sinclair, 10.

Video berdurasi empat minit 40 saat itu sebahagian besar berlatar belakang hitam putih, diselitkan rakaman video serta beberapa keping foto kenangan manis sejak mereka diijabkabulkan sehinggalah kehadiran Noah yang mewarnai kehidupan mereka. 

Video yang disunting dan diarahkan adik bongsu Ashraf, Adam Sinclair, berakhir dengan permandangan BCL dan Noah duduk membelakang kamera bersama kucing peliharaan mereka, telah menyentuh hati ramai pihak termasuk rakan-rakan artis dan netizen.

Beberapa selebriti termasuk penyanyi Malaysia yang juga adik ipar Bunga, Yuna, membuat hantaran di Instagram story milik beliau dengan kapsyen “My sis is releasing her beautiful song tomorrow 12 Tahun Terindah (The best 12 Years). Rest in peace Ash, we miss you, Al-Fatihah,” tulisnya. (Kakak saya lancar lagu yang sungguh indah esok 12 Tahun Terindah. Semoga tenang di sana Ash, kami rindu anda)

Sementara itu, pelakon Nora Danish dan penyanyi Melly Goeslaw turut meninggalkan kapsyen “love” di ruangan komen Instagram, manakala pereka fesyen terkenal tanah air Hatta Dolmat meninggalkan komen “BEAUTIFUL SONG! Love you Bunga”. (LAGU YANG SUNGGUH INDAH!)

Sebelum ini, media Indonesia dan Malaysia digemparkan dengan pemergian Ashraf secara mendadak di usia 40 tahun akibat serangan jantung pada 18 Feb lalu. 

Ashraf, pengacara dan pelakon popular Malaysia, mengahwini BCL pada 2008, dan kemudian melebarkan kariernya sebagai pelakon dan usahawan di Indonesia.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram