Cara Syed Saddiq Diejek Bukti Belia Tak Diambil Serius Dalam Politik

bekas-menteri-syed-saddiq

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Inilah cabaran YB Syed Saddiq yang mewakili golongan belia dalam arena politik Malaysia.

Nampak gayanya tak kiralah sematang mana pun hujah anda, anda takkan diambil serius dalam arena politik oleh ahli Dewan Rakyat lain yang lebih senior jika anda bergelar belia.

Inilah sentimen yang disimpulkan oleh sebahagian besar golongan muda di media sosial selepas melihat insiden yang berlaku di Dewan Rakyat pagi tadi.

Insiden bermula ketika Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tindakan Syed Saddiq ini kemudiannya disambut dengan ejekan.

“Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar ketika Syed Saddiq Syed mahu menyertai perbahasan.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kemudian menyambung: “Tanya atuk (merujuk kepada Dr Mahathir) kenapa dia letak jawatan.”

“Boleh mencelah?” tanya Syed Saddiq sebelum Noh sekali lagi mencelah: “Bagi cucu, cucu nak mencelah.”

Mungkin kelihatan biasa buat sesetengah pihak namun insiden itu menjadi bualan malah topik sohor kini di Twitter.

Kebanyakannya memberikan sokongan kepada Syed Saddiq dan berasakan tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.

Sejak pagi, sidang tersebut kecoh, gegak-gempita dan suara-suara ‘menyerang dan diserang’ itu datang baik daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan, tidak kira yang berusia atau yang muda.

Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung pada Isnin mencatat pelbagai sejarah baharu termasuk pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru, Datuk Azhar Azizan Harun.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pula menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof akur dengan pengosongan jawatannya sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan menyifatkan proses tersebut telah dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Mohamad Ariff berkata sejak dari awal beliau telah menjelaskan bahawa akan mengosongkan jawatan tersebut sekiranya ia dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram