COVID-19: Selangor Anjur Saringan Pandu Lalu Percuma Sehingga Esok

Datuk-Seri-Amirudin_Shari

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Dalam usaha untuk membendung penularan wabak pandemik COVID-19, kerajaan negeri Selangor telah menjalankan usaha untuk saringan penduduk secara percuma bermula hari ini.

Kepada sesiapa yang menunjukkan gejala jangkitan atau warga emas boleh menghadirkan diri ke Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 pada hari ini 18 April sehingga esok 19 April.

Waktu operasi akan bermula seawal jam 10 pagi dan tamat pada pukul 6 petang.

Pengumuman saringan pandu lalu ini dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Twitter peribadinya awal pagi tadi.

“Bermula hari ini dan esok, kerajaan negeri melalui Selcare melaksanakan Saringan Covid-19 berkonsepkan pandu lalu.

“Saringan ini adalah percuma untuk warga emas dan mereka yang mempunyai simptom seperti yang dinyatakan,” coretnya.

Gejala jangkitan yang dimaksudkan termasuklah demam, batuk, selsema dan sakit tekak. Keputusan saringan akan diperoleh dalam masa 24 hingga 48 jam seperti yang tertera pada infografik yang dimuatkan.

Mereka yang berminat boleh menghadirkan diri ke lokasi yang dinyatan esok bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Baca juga artikel lain berkaitan COVID-19 di negeri Selangor:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram