Datuk Dr Noor Hisham Kongsi Cara Ibnu Sina Bendung Wabak Pandemik

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) membasmi COVID-19 dengan mesej kesihatan seperti mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan menepati saranan Ibnu Sina.

Menerusi satu perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook miliknya, beliau berkongsi potongan sebuah filem mengenai cara Ibnu Sina mengatasi pandemik.

Dalam filem itu, jelas mesej disarankan tokoh perubatan Islam itu supaya orang ramai mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan membersihkan peralatan mereka secara berkala.

Malah, beliau berpesan untuk menutupi tempat-tempat awam seperti masjid dan pasar buat sementara waktu serta mengingatkan orang ramai membersihkan syiling mereka menggunakan cuka.

Hal ini selari dengan amalan yang disarankan KKM iaitu mengamalkan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter, memakai penutup muka dan sering menggunakan pembasmi kuman.

“Meskipun kita hidup dalam era berbeza, tetapi prinsip Kesihatan Awam kita tidak berubah. Matlamat utama kita ialah meningkatkan kesihatan orang ramai dengan langkah berjaga-jaga yang diperlukan.

“Langkah pencegahan kesihatan awam yang dilaksanakan oleh KKM menepati langkah yang sama dengan yang dambil oleh Ibnu Sina. Filem ini dibuat pada tahun 1968.

Although we are living in a different era but the principles of Public Health remain unchanged. The ultimate goal is improving the health, primarily of the populations with all the necessary precautionary measures. This movie was made in 1968Langkah pencegahan kesihatan awam yang dilaksanakan oleh KKM menepati langkah yang sama dengan yang dambil oleh Ibnu Sina. Filem ini dibuat pada tahun 1968.https://youtu.be/nO4RFhFLYeQ

Posted by Noor Hisham Abdullah on Thursday, 23 July 2020

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram