Datuk Seri Hishammuddin Mohon Maaf Isu Hisap Vape Di Parlimen

Datuk Seri Hishammuddin

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf secara terbuka berhubung ketelanjurannya menghisap rokok elektorik (vape) di dalam Dewan Rakyat, semalam.

Video berdurasi lapan saat yang tular di media sosial semalam menyaksikan Ahli Parlimen Sembrong itu mencuri tumpuan dengan tanpa rasa bersalah menghisap vape sewaktu Menteri Pengangkutan, Datuk Wee Ka Siong sedang membuat ucapan penggulungan.

Sebagai seorang menteri dan juga orang kenamaan apatah lagi ia dilakukan di dalam dewan yang mulia itu, tindakan Datuk Seri Hishammuddin tersebut jelas mendapat kritikan orang ramai.

Permohonan maaf telah dibuat oleh pemimpin berusia 59 tahun itu menerusi laman Twitter rasmi miliknya dan beliau berjanji perkara tersebut tidak akan diulanginya.

”Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru. Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,”

Ketika berada di tampuk pemerintahan Pakatan Harapan, Kementerian Kesihatan yang ketika itu diketuai oleh bekas menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly AHmad telah mewartakan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok pada Oktober 2018.

Bagi sesiapa yang ditangkap merokok di kawasan larangan boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Para pemimpin negara seharusnya cakna dengan apa sahaja yang dilakukan kerana setiap tindak-tanduk mereka terutamanya di dalam Parlimen akan sentiasa diperhatikan oleh rakyat.

Datuk Seri Hishammuddin yang juga anak kepada Perdana Menteri ketiga, Allahyarham Tun Hussien Onn telah menjadi Ahli Parlimen bagi enam penggal bermula tahun 1995.

Kredit featured image: Hishammuddin Hussein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram