“Dr Amalina Tak Layak Langsung Masuk Anugerah MeleTOP”

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Netizen mengkritik kemasukan nama Dr. Amalina Bakri dan beberapa nama lain dalam senarai Top 20 Kategori Influencer Anugerah MeleTOP Era 2020 yang disifatkan ‘merendahkan level mereka’. Empat lagi nama lain yang disebut-sebut netizen tidak sesuai adalah Dr. Sheikh Muszaphar, Mat Luthfi, Sofyank dan Khairul Aming.

Dr. Amalina Bakri merupakan bekas pelajar cemerlang SPM 2014 yang meraih 17 A1 dan kini bertugas sebagai pakar bedah di London. Dr. Sheikh Muszaphar pula merupakan angkasawan pertama negara. Mat Luthfi pula merupakan aktivis dan personaliti media sosial yang terkenal menerusi video terbitannya di YouTube. Sofyank pula merupakan prodigi artis animasi yang mendapat perhatian personaliti YouTube terkenal, Zach King.

“Mat Luthfi, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Amalina perlu berada di senarai anugerah yang lain,” tulis Haydar.

“Dr Amalina and Dr Sheikh Muszaphar tak patut ada dalam list ni. Mereka jenis mendidik. Bukan nak cakap pasal yang lain. Tapi please, mereka layak dapat anugerah tapi bukan dalam kategori dan anugerah ini,” tulis Toretto pula.

Ahmad Kaneki pula berpendapat seorang influencer yang bagus bukannya jenis yang bermuka cantik dan mempunyai followers berjuta-juta. “Influencer yang bagus adalah jenis yang memimpin dan menunjukkan contoh yang bagus.”

Anugerah MeleTOP Era merupakan anugerah penghargaan prestasi dalam industri hiburan yang dianjurkan oleh rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM. Ia merupakan kesinambungan kepada Anugerah Era yang tidak dianjurkan sejak 2008.

Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat.

Menurut penganjur, Anugerah Kategori Influencer merupakan anugerah kategori baharu bermula 2020 bagi menggantikan 3 kategori lama: Program Radio MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram