ENEOS Bakal Membantu Toyota Bagi Membangunkan Bandar Hidrogen Woven City

Toyota kini bakal dibantu oleh Eneos Corporation bagi membangunkan bandar berkuasa hidrogen iaitu Woven City. Bandar prototaip teknologi seluas 175 ekar ini bakal dibangunkan di Jepun dengan ekosistem kehidupan menggunakan teknologi hidrogen dan ciptaan terbaharu Toyota seperti kenderaan tanpa pemandu e-Palette. Bandar ini dijangka bakal menjadi bandar pertama di dunia yang sepenuhnya dikuasakan oleh sel bahan api hidrogen.

Apa itu tenaga hidrogen? Hidrogen ialah sumber tenaga yang sangat bersih kerana hasil sisanya hanyalah haba dan air. Ia juga boleh dihasilkan melalui pelbagai cara, termasuk dari gas metana, arang batu, air dan juga sampah sarap! Ia adalah sumber tenaga yang paling sesuai untuk negara yang tidak mempunyai hasil bumi seperti Jepun.

Menurut Woven Planet iaitu subsidari Toyota yang mengendalikan projek Woven City ini, Eneos Corporation telah melabur dan membangunkan teknologi hidrogen. Kerjasama antara kedua-dua gergasi automotif dan petroleum Jepun ini akan mempercepatkan lagi pembangunan bandar yang memberikan lebih fokus kepada manusiawi.

Toyota dilihat lebih cenderung untuk membangunkan kenderaan dengan menggunakan tenaga hidrogen berbanding tenaga elektrik. Kerjasama baharu ini juga akan membantu Jepun untuk menjadi negara bebas jejak karbon menjelang tahun 2050.

Berikut merupakan montaj pelancaran Woven City yang menggambarkan bandar tersebut selepas boleh diduduki kelak:

Bacaan Seterusnya