FB Group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ Tunjuk Masakan Tak Jadi Netizen

blank

Jika anda tertanya-tanya macam mana nak ceriakan hari anda dengan bahan ketawa yang tak sakitkan hati orang, Facebook group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ adalah tempatnya.

Facebook group yang baru ditubuhkan pada 14 April 2020 ini kini sudah pun mempunyai hampir setengah juta ahli ketika artikel ini sedang ditulis.

Ia ditubuhkan sebagai wadah bagi ahli-ahlinya untuk berkongsi gambar-gambar masakan sendiri yang tak jadi. Boring pula kan asyik tengok gambar masakan yang cantik-cantik saja di media sosial? Makin gagal masakan anda, makin orang suka!

Sebagai satu contoh, gulai kari ayam mamak style yang cuba dimasak oleh seorang ahli lelaki ini.

Ketika beliau sedang tekun memasak, isterinya pelik apabila gulai ayam kari yang dimasaknya tidak mempunyai bau kari langsung.

“Belum pecah minyak lagi tu,” jawab lelaki tersebut yakin.

“Tapi kenapa bau kunyit ni? Abang letak serbuk kari ke serbuk kunyit?” soal isterinya balik.

Selepas pandang kali kedua, barulah lelaki tersebut sedar, ‘serbuk kari’ yang dilumurkannya itu sebenarnya adalah serbuk kunyit!

blank

Bila masak kari ayam, selain nasi, sedap juga kalau dibuat cicah roti.

Seorang wanita menceritakan pengalaman gagalnya membuat roti buku sendiri yang tak menjadi dan keras (sehingga luka jari apabila cuba potong).

“Frust sangat, campak masuk tong [sampah]. [Keluar] bunyi kedegang! Suami lari tanya, “Bunyi apa [yang] meletup? Aku buat muka tak puas hati [sebab] tak tahu nak salahkan siapa.

“Suami tengok kat tong ada batu sungai. Tergelak-gelak [dia] dengan anak-anak. Dah [pergi] cari roti gardenia sekarang. Fed up lah.”

blank

Petang-petang duduk rumah masa PKP ini, memang sedap kalau dapat pekena pisang goreng dengan teh panas.

Nampak mudah nak goreng pisang, tapi kalau adunan tepung tak kena, pisang goreng anda akan nampak macam ayam rempah!

blank

Sesetengah orang mungkin teringin nak cuba menu minum petang yang lebih mencabar daripada pisang goreng – contohnya seperti roti smiley.

Dalam kepala, roti smiley ada semua elemen yang mustahil orang tak suka. Luarannya ada smiley. Dalamnya pula ada inti sedap.

Macam pula kalau roti smiley itu bertukar menjadi roti muntah?

blank

“Sepatutnya smiley tapi mcm kena azab kubur pulak. Apalah dosa roti ni yang tak terampun ya?” tanya wanita yang membuat roti ini dalam Facebook group tersebut.

Idea nak buat makanan yang ada motif smiley ini nampak macam idea yang bagus. Cuma bahayanya, bila tak jadi, makanan tersebut nampak seram.

Smiley Potato ini satu lagi contohnya. Daripada Smiley Potato terus jadi Horror Potato.

blank

“Nasib baik anak makan tanpa rasa takut,” tulis wanita yang membuat ‘Horror Potato’ ini.

Bombolone adalah sejenis pastri Itali yang semakin mendapat tempat di hati orang Malaysia ketika ini.

Pastri yang berisi krim lazat di dalamnya ini hanya memerlukan empat bahan untuk membuatnya.

Tapi kalau silap buat, bombolone tersebut tidak akan berwarna perang keemasan. Sebaliknya ia akan jadi bombolone dua alam – atas berwarna putih, bawah berwarna hitam!

blank

Siapa sangka masa memasak pun kita boleh tengok makanan kita sebenarnya hidup lagi?

Inilah yang dialami oleh seorang lelaki dalam Facebook group tersebut ketika cuba masak roti sosej.

Adakalanya juga bila kita dah siap masak, orang jadi keliru dengan masakan kita.

Contohnya adalah roti jala yang dibuat oleh seorang wanita dalam Facebook group tersebut.

blank

“Kalau you all teka sotong masak kari, salah tu. Ini roti jala. Kesian, terima kasih.”

Selain roti jala, satu lagi makanan yang orang akan makan cicah kari adalah roti canai.

Memandangkan sekarang ini restoran mamak pun tutup pukul 7 malam, kalau nak makan roti canai pada waktu malam, kena buat sendirilah jawabnya.

Bila dah kena buat sendirilah baru kita tahu langit tinggi rendah. Skil membuat roti canai ini bukan semua orang boleh kuasainya dalam sehari. Silap-silap haribulan roti canai boleh jadi roti ovari!

blank

Masala vadei juga makanan yang susah nak dapat semasa PKP. Jadi kalau suami teringin nak makan, kena la si isteri belajar buat dan masak sendiri.

Bila tangan yang tak pernah-pernah buat masala vadei ini kena buat masala vadei, inilah hasilnya.

blank

Selain masala vadei, teh boba juga semakin susah nak dapat masa PKP.

Kalau gigih sangat, bolehlah nak keluar rumah redah sekatan jalan semata-mata nak pergi Tealive sebelah Petronas.

Kalau tak gigih, kenalah buat sendiri boba itu.

Tapi bila kena masak sendiri boba, tak terjangkau dek akal pula boba tersebut boleh jadi macam paru-paru perokok tegar.

blank

Tak semua masakan yang dihantar ke Facebook group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ buruk-buruk rupanya. Ada juga masakan yang dihantar cantik rupanya seperti kek labu di bawah. Tapi lain pula ceritanya bila dipotong.

Confident ja lebih…sekali hancurr😜😜😜😜

Posted by Nor Fadzilah on Saturday, 18 April 2020

Jika anda nak tengok lebih banyak lagi masakan-masakan yang tak menjadi, anda boleh sertai Facebook group ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ melalui pautan ini.

Baca juga artikel kami lain yang mungkin menarik perhatian anda:

Bacaan Seterusnya