Figura ‘Dancing Coffin’ Kini Dijual Pada Harga Bermula RM175 Sahaja

figura-dancing-coffin

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Viral di media sosial sekumpulan lelaki memakai sut berwarna hitam menari-nari bersama keranda dalam sebuah upacara kematian di Ghana. Mereka ini digelar netizen dengan nama ‘Dancing Coffin’.

Disebabkan keunikan dan populariti yang diterima selepas video tarian mereka tular di media sosial, kumpulan ini turut dipanggil dalam sesi temuramah menerusi sebuah segmen BBC Africa.

Kini, sebuah kedai yang menghasilkan pelbagai jenis patung figura di Hong Kong, JMG 1/64 Miniatures telah membuka tempahan untuk orang ramai yang berminat untuk memiliki figura ‘Dancing Coffin’ yang menjadi bualan ramai itu.

Seperti yang disiarkan menerusi halaman Facebook rasmi mereka, JMG 1/64 Miniatures menghasilkan dua jenis figura ‘Dancing Coffin’ iaitu Set A dan Set B.

Set A mempunyai 7 orang dimana 6 daripada mereka memikul sebuah keranda di atas bahu masing-masing.

blank
Set A figura ‘Dancing Coffin’
blank
Set A figura ‘Dancing Coffin’
blank
Set A ‘Dancing Coffin’

Untuk Set B pula terdapat 5 orang di mana 4 daripada mereka dalam posisi merangkak sambil menggalas sebuah keranda di atas bahu masing-masing.

blank
Set B figura ‘Dancing Coffin’
blank
Set B figura ‘Dancing Coffin’
blank
Set B ‘Dancing Coffin’

Kedai yang berpengkalan di Hong Kong itu turut menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada para pelanggan di seluruh dunia.

Harga jualan bagi Set A ialah RM215, manakala Set B pula lebih murah iaitu pada harga RM175 sahaja.

figura-dancing-coffin

Jika anda minat untuk memiliki figura ‘Dancing Coffin’ ini, anda boleh hantar pesanan menerusi halaman facebook mereka melalui pautan ini.

Baca juga artikel-artikel menarik kami yang lain:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram