Grab Bakal Disenaraikan Di Bursa Amerika Syarikat

Grab Holding Inc, syarikat start-up paling bernilai Asia Tenggara, bakal disenaraikan di Nasdaq menerusi penggabungan dengan sebuah syarikat pemilikan tujuan khas (SPAC) iaitu Altimeter Growth Corp. Grab dijangka akan merekodkan nilai sehingga RM163.508 bilion (USD 39.6 bilion) menerusi penyenaraian itu. Nilai tersebut akan meletakkan Grab sebagai syarikat di dalam kategori large capitalization di Nasdaq.

Penyenaraian berkenaan yang dijangka berlangsung dalam beberapa bulan lagi. Sekiranya penyenaraian ini berjaya, ia akan memberikan Grab sebanyak RM18.6 bilion dana tambahan. Penyenaraian tersebut juga bakal menobatkan Grab sebagai syarikat Asia Tenggara dengan nilai penyenaraian terbesar.

Grab merupakan SuperApp terpenting di Asia Tenggara merangkumi kepelbagaian keperluan harian seperti pengangkutan, penghantaran makanan serta kewangan. Pada tahun 2020, nilai pasaran mereka adalah sebanyak RM214.7 bilion dengan jangkaan pertumbuhan nilai sehingga RM743.2 bilion untuk lima tahun akan datang.

Penggunaan syarikat pemilikan tujuan khas (SPAC) menjadi lebih popular untuk menyenaraikan syarikat kerana ia lebih pantas dan kurang mahal berbanding tawaran awam permulaan (IPO).

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram