Grant Imahara, Hos Siri TV Mythbusters, Meninggal Dunia

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Grant Imahara, bekas pengacara bersama siri TV ‘Mythbusters’ yang popular di saluran Discovery Channel, meninggal dunia secara mengejut hari ini pada usia 49 tahun. Beliau difahamkan meninggal dunia kerana sakit aneurisme otak.

Aneurisme otak adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah.

Kadang kala dinding salur darah boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada kepada tahap keterukan darah beku tersebut.

Imahara yang juga merupakan jurutera elektrik dan robotik pernah bertanggungjawab membuat model kesan khas untuk banyak filem Hollywood terkenal seperti filem-filem Star Wars.

Berita kematian Imahara mengejutkan rakan-rakannya.

Adam Savage, salah seorang pengacara rancangan Mythbusters mengaku terkedu mendengar berita pemergian Imahara. Beliau memberitahu Imahara “seorang jurutera bijak, pemurah, disenangi dan baik.”

Kari Byron dan Tory Belleci turut melahirkan rasa sedih mereka.

Sebelum menjadi hos di TV, Grant Imahara bekerja sebagai jurutera di THX dan Industrial Light and Magic (ILM) – syarikat pembuat model kesan khas milik pengarah Star Wars, George Lucas, selama 9 tahun.

Sebagai jurutera, beliau bertanggungjawab mereka peralatan robotik untuk kegunaan filem-filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, Galaxy Quest, XXX: State of the Union, Van Helsing, The Lost World: Jurassic Park dan Terminator 3: Rise of the Machines.

Beliau turut pernah masuk pertandingan BattleBots sebelum direkrut masut sebagai krew Mythbusters – sebuah rancangan sains yang menguji mitos-mitos popular dalam dunia pop culture.

Selepas meninggalkan Mythbusters pada tahun 2014, Imahara, Byron dan Belleci kemudiannya menjadi hos rancangan terbitan Netflix ‘White Rabbit Project’ – sebuah rancangan yang menyusun ranking pencapaian manusia dalam sejarah.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram