Harga Rasmi Semua Model iPhone 12 Dan Aksesorinya Di Malaysia

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Selepas acara Apple Event pada awal pagi tadi (waktu Malaysia), satu soalan yang pasti ramai peminat iPhone tanya adalah – berapa harga iPhone 12?

Dalam acara yang paling ditunggu-tunggu itu, Apple mengumumkan pelancaran empat model iPhone 12 dalam pasaran: iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

iPhone 12 Mini

Embed from Getty Images

Secara ringkasnya, iPhone 12 Mini merupakan model yang paling ‘rendah’ spesifikasi dan harganya. Pada ukuran 5.5 inci, saiz skrin OLEDnya adalah yang paling kecil berbanding tiga model lain.

Tapi jangan risau. Saiz skrin besar tak bermakna lagi bagus. Pengguna wanita, misalnya, pastinya lebih menggemari skrin yang tak terlalu besar. Malah pada saiz 5.4 inci, skrin iPhone 12 Mini sebenarnya sama sahaja dengan skrin 5.5 inci di iPhone 8 Plus, iPhone 7 Plus, iPhone 6S Plus dan iPhone 6 Plus.

iPhone 12 Mini dijana oleh cip pemprosesan Apple A14 Bionic dan disertai dengan dua kamera 12MP di belakang dan satu kamera 12MP di hadapan.

Menurut Apple, iPhone 12 Mini merupakan telefon pintar 5G paling kecil di dunia ketika ini.

iPhone 12

Jika skrin kecil bukan pilihan anda, mungkin iPhone 12 lebih sesuai untuk anda. Saiz skrin OLEDnya berukuran 6.1 inci. Lain-lain spesifikasinya sama dengan iPhone 12 Mini.

Kedua-dua model iPhone 12 Mini dan iPhone 12 menyokong pengecasan berwayar 20W dan pengecasan nirwayar 15W menerusi sambungan MagSafe. Kesemua peranti hanya akan ditawarkan dengan sebuah kabel USB-C ke Lightning dengan setiap pembelian. Pengguna perlu membeli pengecas secara berasingan.

Kemudian perlu diingat, badan iPhone 12 Mini dan iPhone 12 diperbuat daripada aluminium. Jadi walaupun ia ringan, ia juga bermakna badan kedua-dua model ini cepat berlekuk jika tidak ditatang bagai minyak yang penuh.

iPhone 12 Pro

Embed from Getty Images

Sekarang anda dah tahu spesifikasi utama iPhone 12 Mini dan iPhone 12.

Kalau anda jenis orang yang membeli iPhone untuk mengambil gambar dan video yang cantik, iPhone 12 Pro perlu mendapat pertimbangan anda.

Dengan tiga kamera beserta sensor LiDAR (sensor sama yang digunakan untuk mengimbas planet Marikh), model ini menjamin anda untuk mendapat kualiti rakaman video 4K HDR, Apple ProRAW, Smary HDR 3 dan Dolby Vision HDR.

Menurut Apple, iPhone 12 Pro membolehkan anda mendapat kualiti gambar dan video tertinggi dalam keadaan tak banyak cahaya seperti waktu malam. Ini bermakna tiada lagi bintik-bintik putih dalam gambar waktu malam anda.

iPhone 12 Pro Max

Model iPhone 12 Pro Max adalah model paling premium. Skrin OLEDnya (6.7 inci) lebih besar daripada iPhone 12 Pro (6.1 inci). Perincian teknologi kameranya juga lebih bagus persembahannya berbanding iPhone 12 Pro.

Dan seperti iPhone 12 Pro, badan model ini turut diperbuat daripada stainless steel berbanding aluminium yang digunakan di iPhone 12 Mini dan iPhone 12. Ini bermakna jika anda jenis lasak, mungkin anda perlu membeli model iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Harga semua model dan aksesorinya

Sekali imbas, harga keempat-empat iPhone 12 tidaklah banyak jauh bezanya dengan iPhone 11 semasa pelancarannya dahulu.

iPhone 12 Pro Max (6.7″)

  • iPhone 12 Pro Max 128GB – RM5299
  • iPhone 12 Pro Max 256GB – RM5799
  • iPhone 12 Pro Max 512GB – RM6699

iPhone 12 Pro (6.1″)

  • iPhone 12 Pro 128GB – RM4899
  • iPhone 12 Pro 256GB – RM5399
  • iPhone 12 Pro 512GB – RM6299

iPhone 12 (6.1″)

  • iPhone 12 64GB – RM3899
  • iPhone 12 128GB – RM4099
  • iPhone 12 256GB – RM4599

iPhone 12 Mini (5.4″)

  • iPhone 12 Mini 64GB – RM3399
  • iPhone 12 Mini 128GB – RM3599
  • iPhone 12 Mini 256GB – RM4099

iPhone 12/12 Pro Silicone/Clear Case with MagSafe – RM219

iPhone Leather Wallet with MagSafe – RM269

MagSafe wireless charger – RM179

AirPods Pro – RM1,099

AirPods with Wireless Charging Case – RM879

AirPods with Charging Case – RM699

Baca juga artikel lain yang berkaitan dengan iPhone:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram