Hati-Hati Dengan Scammer Minta Derma Bernama Taufik Abdullah

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Umpama menangguk di air yang keruh, begitulah perumpamaan yang boleh disifatkan kepada Taufik Abdullah – seorang penipu atau scammer yang sering menggunakan gambar orang sakit untuk kepentingan diri sendiri.

Modus operandinya mudah. Dengan menggunakan gambar pesakit, beliau kemudiannya menipu orang ramai supaya memberikan sumbangan – bukan kepada keluarga pesakit, sebaliknya dirinya sendiri.

Sering menggunakan akaun CIMB miliknya yang bernombor 7631475375 dan BSN yang bernombor 1414541000047106, Taufik Abdullah juga dipercayai mempunyai banyak profile dan page di Facebook untuk mengenyangkan perutnya dengan duit haram.

Salah satu contoh operasinya pernah didedahkan oleh personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya:

Taufik amat licik. Jika satu penipuan profile atau page beliau telah terbongkar, beliau hanya akan membuat yang baru. Contohnya page Utusan Online palsu berikut:

blank

Hanya dengan melakukan carian nombor akaun CIMBnya di Facebook, anda akan mendapati banyak post plasu yang dibuat oleh Taufik untuk memanipulasikan sikap pemurah rakyat Malaysia.

Malah Taufik juga tidak takut dengan Allah SWT apabila dengan sewenang-wenangnya menggunakan ayat Al-Quran untuk meyakinkan mangsa penipuannya.

blank
blank
blank
blank
blank

Nama sahaja lain. Orangnya tetap sama – Taufik Abdullah sang penipu!

blank
blank

Apabila page Utusan Online palsunya diturunkan oleh Facebook, beliau akan membuka page palsu lain. Kali ini nama baik Sinar Harian pula menjadi mangsa.

blank
blank

Jika anda ternampak post dari page Tabung Derma Seorang Seringgit Je, ketahuilah itu page milik Taufik! Jangan terpedaya dan maklumkan kepada kawan-kawan dan keluarga anda.

blank
blank
blank

Sekali si scammer bernama Taufik ini membuat post, beliau akan aktif mengongsinya kepada berpuluh-puluh page beliau yang lain. Beliau juga akan aktif memadam komen dari netizen yang berjaya menghidu identiti dan kegiatannya.

blank
blank

Taktik terbarunya adalah dengan menubuhkan Facebook group pula. Kenapa Facebook group? Kerana Facebook group lebih sukar untuk diturunkan oleh Facebook. Malah beliau juga boleh ‘menapis bakal-bakal mangsanya’ sebelum diterima masuk dalam group.

Seperti biasa, Taufik menggunakan nama baik Ustaz Ebit Lew dan ustaz-ustaz lain juga pula untuk modus operandinya:

blank
blank
blank
blank
blank

Kami harap anda tidak terpedaya dengan si scammer bernama Taufik Abdullah ini. Jelas dia langsung tidak takut dengan Allah SWT, apatah lagi dengan amaran dari netizen. Jadi perkara terbaik yang kita boleh lakukan adalah memastikan satu Malaysia kenal siapa Muhammad Taufik bin Abdullah, si pemilik akaun bank CIMB bernombor 7631475357.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram