Helmet Iron Man Paling Realistik (Siap Ada Jarvis Voice Commands)

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Sudah hampir sedekad sejak Marvel merilis filem Iron Man yang dibintangi oleh Robert Downey Jr.

Filem pecah panggung ini memukau peminatnya dengan pengenalan konsep sut rangka luaran (exoskeleton) yang membolehkan Iron Man menewaskan lawannya. Sejak daripada itu, ramai jurutera dan peminat Iron Man telah cuba untuk merekacipta sendiri teknologi sut Iron Man tersebut.

@theironshowman

I pointed out the remote for you guys. Its not in use at the time cuz voice control is real! ##joetoys ##firstlook ##tutorial ##iamironman

♬ original sound – theironshowman

Setakat ini belum ada lagi yang berjaya. Tetapi ada beberapa orang yang semakin hampir. Salah satunya merupakan syarikat pembuat kejuruteraan permainan bernama Joe Toys.

Salah satu produknya merupakan replika topeng keledar Iron Man, dinamakan Iron Man MK5 Helmet. Harganya adalah USD150 (RM621) seperti yang tertera di laman sesawang Joe Toys.

Salah seorang pelangganya merupakan seorang lelaki di Amerika Syarikat yang hanya dikenali sebagai Audey atau @theironshowman di akaun Tik Toknya.

Dalam video tersebut, Audey dilihat memberi beberapa arahan suara (voice commands) kepada sistem topi keledar Iron Man beliau.

Apa yang menariknya, sistem topi keledar Iron Man tersebut mereplikasi pergerakan buka dan tutup yang sama seperti yang terpapar dalam filem.

Berbeza dengan topi keledar Iron Man lain yang hanya ada satu komponen buka dan tutup, topi keledar Audey kelihatan lebih kompleks, canggih dan paling hampir dengan versi di filem.

Satu lagi perbezaan topeng keledar Iron Man ini adalah kebolehannya berinteraksi dengan J.A.R.V.I.S (Jarvis) – pembantu kecerdasan buatan yang sentiasa membantu Tony Stark dalam filem. Walaupun demonstrasi respon pembantu kecerdasan buatan itu nampak ringkas, ia tetap nampak canggih.

Jarvis dalam topi keledar tersebut dilihat memberi respon kepada arahan “Jarvis start system”, “Open the mask” dan “Close the mask”. Ia turut memberi respon kepada arahan “Shut down system” sebelum membalasnya dengan berkata “Enjoy yourself sir”.

Anda boleh menyaksikan demonstrasi itu sendiri dalam video di bawah:

@theironshowman

Just got my ##mark5 ##ironman ##helmet that i preorderd 5 months ago from ##joetoys ##WORTHIT ##Marvel ##noregrets ##fyp ##foryou ##foryoupage

♬ Ironman (I Am) – Jomeezius The Genius

Apabila sistem dihidupkan semula, lampu mata toping keledar tersebut akan menyala dan Jarvis akan memperkenalkan dirinya. Pergerakan mekanikal topi keledar itu turut disertai dengan bunyi yang sama dalam filem.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram