Ini Rupa Peluh Yang Keluar Dari Kulit Di Bawah Mikroskop

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Peluh atau keringat adalah cecair yang terhasil daripada rembesan kelenjar peluh pada kulit mamalia seperti manusia.

Tujuan utama badan kita berpeluh adalah untuk mengawal suhu melalui perembesan keluar air daripada kelenjar ekrin. Seorang dewasa boleh menghasilkan peluh sebanyak 2–4 liter sejam manakala kanak-kanak sebelum mencapai akil baligh pula jauh kurang penghasilan peluhnya.

Penyejatan peluh daripada permukaan kulit memberi kesan penyejukan disebabkan penyejukan sejat. Oleh itu, lebih banyak peluh akan dihasilkan dalam persekitaran yang bersuhu panas atau otot-otot seseorang menghasilkan haba akibat penggunaan tenaga seperti bersenam.

Haiwan yang mempunyai kelenjar peluh yang sedikit, misalnya anjing, berfungsi dengan cara yang sama dengan mencungap di mana air yang terkandung dalam rongga mulut dan farinksnya yang lembap akan tersejat.

Jika anda tertanya-tanya apa rupa peluh apabila kulit diletakkan di bawah lensa mikroskop, anda perlu lihat video di bawah:

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram