Ini Syarikat Dalam Bursa Malaysia Yang Banyak Cash, Rendah Hutang

Syarikat mana dalam Bursa Malaysia yang mempunyai banyak wang tunai dan hutang rendah untuk kekal bertahan dalam kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh wabak COVID-19?

The Edge melaporkan kemelesetan ekonomi sekarang sudah pun memberi risiko kepada hampir 68% syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Daripada 880 syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia (tak mengambil kira 40 bank, syarikat insurans dan tabung amanah pelaburan), 597 daripadanya mempunyai paras simpanan tunai yang sedikit sehingga tidak mampu membayar komitmen kewangan jangka masa pendek mereka.

Kebanyakan syarikat ini datangnya dari pelbagai sektor seperti syarikat perabot, peruncit, firma berkaitan dengan automoatif, pengilang dan syarikat dagang.

223 syarikat pula mempunyai pendapatan sebelum cukai dan faedah yang tidak mampu menampung perbelanjaan syarikat untuk satu tahun penuh. Modal pasaran syarikat-syarikat ini kebanyakannya bawah RM2 bilion.

Daripada 880 syarikat di Bursa Malaysia, 321 syarikat sudah pun mencatat kerugian sejak tahun 2019. Selebihnya mungkin mencatatkan keuntungan.

Tetapi 45.6% daripada mereka sudah menyaksikan keuntungan mereka menurun berbanding tahun 2018. Kebanyakan syarikat ini mempunyai modal pasaran yang kecil.

75 syarikat dalam Bursa Malaysia pula mempunyai net gearing (nisbah hutang kepada aset) yang melebihi 100%. Dalam bahasa mudahnya, 75 syarikat ini mempunyai hutang yang tinggi.

Secara asasnya, sebagai pelabur saham, anda tak mahu melihat syarikat yang anda labur mempunyai net gearing melebihi 50%.

Kebanyakan syarikat yang bermasalah ini tergolong dalam sektor logistik, pembinaan, minyak dan gas, bahan pembinaan dan hartanah. Pendapatan mereka pula banyak dikutip melalui kredit, bukannya wang tunai.

The Edge melaporkan keutamaan pelabur saham ketika ini adalah mencari syarikat yang mempunyai kunci kira-kira yang baik, berbanding prospek pertumbuhan yang baik sebelum ini.

Syarikat yang mempunyai kunci kira-kira yang baik mempunyai nisbah hutang kepada aset yang rendah. Kebanyakan syarikat ini tergolong dalam sektor Internet, utiliti dan teknologi.

Berikut merupakan senarai syarikat-syarikat di Bursa Malaysia yang mempunyai simpanan tunai yang tinggi dan hutang yang rendah:

Nama syarikatModal pasaran (RM bilion)Net gearing** (%)
Petronas Chemicals38.55Net cash*
Petronas Gas30.47Net cash*
IO Corp24.2022.64
PPB23.50Net cash*
KLK22.3227.25
Genting14.255.23
KLCCP14.0611.07
Westports12.4827.51
Genting Malaysia11.7019.09
Genting Plantations8.4833.53
Time dotCom5.45Net cash*
United Plantations5.16Net cash*
Batu Kawan4.7949.43
Inari Amertron4.37Net cash*
ViTrox Corp3.77Net cash*
UOA Development3.11Net cash*
Oriental Holdings3.09Net cash*
Lotte Chemical Titan2.82Net cash*
Hong Leong Industries2.51Net cash*
Frontken Corp2.03Net cash*
Lingkaran Trans Kota Holdings2.009.38
Malaysian Pacific Industries2.00Net cash*
*Net cash bermaksud semua hutang mereka boleh dibayar dengan simpanan tunai
**Net gearing adalah nisbah hutang kepada aset. Semakin tinggi, semakin tak bagus.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai impak wabak COVID-19 kepada ekonomi Malaysia:

Bacaan Seterusnya