Inilah Rupa Storyboard Filem Parasite Lukisan Pengarahnya

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Parasite menyambut ulang tahun pertamanya pada 19 Mei dengan mencetak papan penceritaan (storyboard) dalam bentuk novel grafik bertajuk ‘Parasite: A Graphic Novel in Storyboards’.

Novel grafik berketebalan 293 muka surat ini mencetak semula setiap babak dalam filem Parasite dalam bentuk storyboard yang dilakar sendiri oleh pengarahnya, Bong Joon-ho.

Novel grafik ini juga menampilkan gambar sesi produksi filem, ilustrasi dan lakaran kasar Joon-ho untuk filem tersebut. Hasilnya pembaca boleh melihat sendiri proses kreatif yang dibuat oleh Joon-ho sebelum menghasilkan karya hebat seperti Parasite.

“Buku ini bukanlah nak menggambarkan storyboard penting untuk buat filem yang bagus,” kata Joon-ho dalam prakata novel grafik tersebut.

“Saya sebenarnya buat storyboard untuk tak nak bagi saya gementar. Saya tak gementar bila saya dah ada semua shots yang saya nak dalam bentuk storyboard di tangan saya.

“Bila saya buat filem tanpa storyboard, saya rasa macam berdiri di menara tinggi pakai seluar dalam sahaja.”

“Storyboard ini menceritakan dengan terperinci macam mana setiap shots diambil. Storyboard ini menghasilkan shots yang 100% serupa atau hanya bertindak sebagai panduan kepada kru filem.

“Hasil akhir filem memang tak lari jauh daripada storyboard yang saya lukis. Ini membolehkan kru filem percaya dengan saya. Kru filem yang pernah bekerja dengan saya memang sedar pasal benda ini.”

Contoh storyboard dalam novel grafik tersebut boleh dilihat di bawah. Semua imej diambil dari ‘Parasite: A Graphic Novel in Storyboards’ oleh Bong Joon-ho. Hakcipta © 2019 oleh CJ ENM CORPORATION.

Dalam storyboard di atas, ia memaparkan babak klimaks di mana apartmen bawah tanah keluarga Kim dinaiki air sehingga banjir ketika hujan lebat.

Ia bukan sahaja memaparkan dialog dan ilustrasi setiap babak, malah turut menunjukkan pergerakan kamera yang dimahukan oleh Joon-ho sebagai pengarah filem.

Parasite: A Graphic Novel in Storyboards boleh dibeli di Amazon, Google Play, Barnes & Noble, Kobo, Apple Books, dan EBooks.com.

Sebagai rekod, filem Parasite merupakan filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi kategori filem terbaik Oscar.

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram