IOC Sahkan Olimpik Tokyo Tetap Jalan Walaupun Kerisauan Tentang Koronavirus

Ramai yang mulai risau dengan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo pada tahun ini. Ada beberapa pihak sangsi bahawa Sukan Olimpik 2020 boleh dianjurkan?

Terdapat laporan menyatakan bahawa Sukan Olimpik Tokyo mungkin akan dibatalkan kerana koronavirus.

Temasya sukan 4 tahun sekali itu merupakan acara sukan terbesar di dunia. Ia menghimpunkan atlet dan juga manusia dari seluruh dunia.

Koronavirus telah menjadi ancaman utama dunia pada ketika ini. Ia telah menimbulkan panik yang teruk termasuk di kalangan ramai pihak.

Virus itu mulai tersebar di Wuhan China. Ianya telah memberikan kesan yang sangat teruk kepada banyak industri di dunia.

Di Jepun sendiri sudah ada 180 kes COVID-19 dilaporkan di negara tersebut berdasarkan hebahan oleh Kementerian Kesihatan Jepun.

Lebih 700 laporan diterima berkenaan dengan kes tersebut di Jepun. Setakat ini sudah 7 nyawa terkorban dan 4 daripadanya adalah mereka yang berlayar dengan kapal.

Menurut laporan Japan Times, jadual latihan para sukarelawan telah ditunda buat sementara waktu ini.

Kerajaan Jepun mengambil langkah itu sebagai langkah berjaga jaga.

Namun Tokyo menepis dakwaan bahawa, berita itu adalah isyarat bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan dibatalkan.

Bagi mereka, penagguhan jadual latihan para sukarelawan itu tidak memberikan impak kepada perkara asas penganjuran Sukan Olimpik.

Malah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah menyatakan, adalah mustahil untuk membatalkan ataupun menunda Sukan Olimpik 2020.

Pegawai IOC, John Coats berkata: “Saya boleh sahkan bahawa Sukan Olimpik Tokyo 2020, masih di landasan yang tepat untuk dianjurkan.”

IOC menegaskan sebelum ini, pada 2016, dunia dilanda virus Zika, namun Sukan Olimpik tetap berjalan ketika itu, di Rio, Brazil.

ICO juga mengesahkan bahawa istiadat nyalaan obor sukan Olimpik akan berjalan seperti yang dirancang, di Olympia, Greece pada 12 Mac ini – sepertimana tradisi selama ini.

Sukan Olimpik akan membuka tirainya pada 24 Julai 2020.

Bacaan Seterusnya