Jangan Terpedaya Dengan 12 Syarikat Pelaburan Bursa Aset Digital Haram Ini

bursa-aset-digital-tidak-diperakui-sc

Ketika banyak sektor perniagaan tidak dapat berjalan seperti biasa dek penularan wabak COVID-19 ketika ini, muncul pelbagai entiti serta individu yang cuba mengambil kesempatan dengan memperdayakan orang ramai untuk melabur dalam skim pelaburan tidak sah.

Dalam satu kenyataan, wakil Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada masyarakat agar tidak melabur dalam bursa aset digital (DAX) berikutan status platform tersebut yang tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia.

bursa-aset-digital-tidak-diperakui-sc

“SC telah memasukkan 12 lagi syarikat yang beroperasi tanpa lesen atau kebenaran SC di bawah senarai pantau atau Peringatan Pelabur di pautan ini.

“Pelbagai risiko akan dihadapi pelabur yang berurusan dengan entiti dan individu yang tidak berlesen termasuklah penipuan dan penggubahan wang haram, dan tidak mendapat akses kepada bantuan perundangan sekiranya berlaku pertikaian,” demikian menurut SC, hari ini.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti juga, ketika ini hanya terdapat tiga Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) yang berdaftar bagi DAX di negara ini, iaitu:

  1. Luno Malaysia Sdn Bhd
  2. SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd
  3. Tokenize Technology (M) Sdn Bhd

Selain tiga pengendali tersebut, SC memaklumkan tiada lagi mana-mana platform dalam talian yang dibenarkan untuk menubuhkan dan mengendalikan DAX di Malaysia.

Justeru, SC mengingatkan mana-mana pengendali DAX yang beroperasi secara tidak sah di negara ini agar segera menghentikan aktiviti mereka.

“Mengendalikan DAX tanpa kebenaran daripada SC adalah satu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika seseorang disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.”

Orang ramai boleh membuat pengesahan pengendali aset digital berdaftar dengan SC di lama sesawang https://www.sc.com.my/development/digital/digitalassets atau menghubungi SC di talian +603 6204 8999 atau e-mel: [email protected]

Baca juga artikel lain berkaitan kewangan yang mungkin menarik buat anda:

Sumber:

Bacaan Seterusnya