Jeff Bezos Letak Jawatan CEO Amazon

Jeff-Bezos-Letak-Jawatan-CEO-Amazon

Pengasas Amazon yang juga merupakan individu terkaya dunia pada waktu ini, Jeff Bezos akan berundur dari jawatan ketua eksekutif platform e-dagang tersebut.

Jawatan Bezos akan digantikan oleh Andy Jassy yang ketika ini mengetuai perkhidmatan perkomputeran Amazon.

Sementara itu, Jeff Bezos bakal memegang jawatan sebagai pengerusi eksekutif AMZN yang disifatkannya boleh ‘memberi beliau lebih banyak masa dan tenaga’ untuk menumpukan perhatian terhadap kepentingannya yang lain.

Perubahan jawatan itu dijangka berlaku pada pertengahan kedua 2021.

“Menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Amazon merupakan tanggungjawab yang besar dan bila anda diberi kepercayaan untuk memegang tanggungjawab itu, secara automatiknya akan sukar untuk menumpukan perkara lain,” tulis Bezos dalam surat kepada semua pekerja syarikat tersebut.

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram