Kanye West Letak Nama Malaikat Islam Di Kasut adidas YEEZY

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Jika pada bulan lepas, Kanye West mengejutkan dunia apabila beliau umum hasrat mahu bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020.

Namun kali ini, Kanye West teruk dikritik ramai peminat dari kalangan Muslim gara-gara dua model kasut baharu jenama adidas Yeezy miliknya diberi nama malaikat menurut ajaran Islam.

Tindakan biadab pemuzik dan pereka fesyen terkenal di AS itu akhirnya jadi bahan cemuhan pengguna media sosial dari seluruh dunia kerana dianggap sengaja hina agama tersebut.

Penghibur rap popular yang ada jenama kasutnya sendiri sejak 2009 hasil kerjasama dengan syarikat Adidas itu dilaporkan menamakan model baharu tersebut sebagai Israfil dan Asriel (Izrail).

Sepatu latihan sukan ini antara sebahagian koleksi Yeezy Boost 350 V2 keluaran firma Jerman itu sudah berada di pasaran rantau Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah pada 22 Ogos lalu.

Bagi umat Islam, nama Israfil merujuk kepada malaikat yang tiup sangkakala pada hari kiamat, manakala Asriel atau lazim disebut sebagai Izrail ialah malaikat bertugas cabut nyawa manusia.

Ramai netizen luah rasa kecewa dengan tindakan West, 43, dan ada gesa para peminatnya agar boikot segala hasil karya suami kepada personaliti Kim Kardashian itu sebagai cara pengajaran.

Tidak kurang pengguna siber desak dibuat petisyen desak Adidas, yang juga pengeluar busana sukan kedua terbesar di dunia selepas Nike; untuk segera diubah nama dua model kasut itu.

Setakat ini, pihak Adidas dan West sendiri belum lagi keluar sebarang kenyataan berhubung isu panas tersebut sama ada permohonan maaf atau reaksi mengenai pemilihan nama berkenaan.

West yang berasal dari Atlanta dan kini tinggal di Chicago dilaporkan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes awal tahun ini memiliki kekayaan AS$3 bilion (kira-kira RM12.8 bilion).

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram