Kedai Speedy Video Ucap Selamat Tinggal, Buat Jualan Penghabisan Stok

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Speedy Video Distributors Sdn Bhd mengumumkan penutupan semua cawangan kedai mereka di seluruh Malaysia semalam. Sempena penutupan tersebut, semua cawangannya mengadakan jualan penghabisan stok.

Promosi jualan penghabisan stok Speedy adalah seperti berikut:

Blu Ray
New Release 20%
7 For RM35 (Old Movie)
1 For RM10 (selected titles)

4K HD
Mew Release 20%
1 For RM149
2 FOR RM199

DVD ENGLISH / Cartoon MOVIE
New Release Buy 1 Free 1
2 For RM30
7 For RM35
10 For RM10 (Speedy Product)

DVD Marvel, Disney & TVB Box Set
2 For RM30

English Drama
7 For RM35

InnoformMedia DVD English/Education/Cartoon
10 For RM10

CD Import Normal Price 20%

Multimedia China Drama Box Set
Buy 1 Free 1

Multimedia TVB Box Set
2 For RM30

Speedy China Drama, & Taiwanese Drama Box Set (Old Drama)
7 For 35

CD Audio China Stock
2 For 30 (Normal Disc)
2 For 40 (LP Disc/ Black Disc)

Accessories / Toy / CD Wallet / Cleaning Fluid (CD, DVD)
Buy 1 Free 1

Blu Ray mix and match with DVD
7 for RM35 selected title

Buy one free one mix & match
New release blu Ray
New release Dvd
China box set
New release TVB series

2 for RM30
Tvb Hong Kong series old title
Disney cartoon
Marvell cartoon
English series new title

Speedy Video sudah bertapak di Malaysia sejak 1989. Pada zaman puncaknya, syarikat ini memegang hak pengedar sah rilisan rumah produk-produk studio Hollywood terkenal seperi Paramount Pictures dan 20th Century Fox dan mempunyai 92 cawangan kedai di seluruh negara.

Pada tahun 1999, Speedy Video membuka kedai mercu mereka di Mid Valley Megamall. Bagaimanapun cawangan terkemuka Speedy Video tersebut telah pun ditutup lebih awal pada September 2019.

Pada awal 2020, cawangan kedai Speedy Video hanya tinggal 20 buah di seluruh negara.

Speedy Video bawa memori 90-an

Sebelum evolusi filem yang berpusat di aplikasi penstriman filem digital seperti Netflix, iflix, Viu dan sebagainya, kedai seperti Speedy Video adalah hab utama peminat filem untuk membeli filem untuk ditonton di rumah.

Sejak 1989, Speedy Video menyaksikan jutaan rakyat Malaysia membeli pita VCR, CD, VCD dan kemudian DVD filem dan rancangan kegemaran mereka untuk ditonton di rumah.

Pada satu ketika, Speedy Video Midvalley Megamall menjual lebih 80,000 filem dan rancangan dari Amerika Syarikat, Britain, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Timur Tengah.

Jualan mereka sangat ‘kencang’ sehinggakan Speedy Video mampu meredah ‘ribut’ lanun cetak rompak yang bermaharajalela sekitar lewat 90-an dan awal 2000-an.

Bagaimanapun kesediaadaan hubungan Internet berkelajuan tinggi, Astro dan platform penstriman dalam talian membuatkan jumlah pelanggan yang berkunjung ke Speedy Video semakin berkurangan.

Speedy Video cuba menarik pelanggan masuk ke kedai mereka semula dengan menjual barangan rasmi filem seperti figura aksi, permainan dan hiasan kecil.

Tetapi revolusi digital media sukar dibendung oleh kedai-kedai menjual filem fizikal. Sedangkan Blockbuster di Amerika Syarikat pun tak dapat mengelak pertukaran trend ini, apatah lagi Speedy Video.

Selamat tinggal, Speedy Video. Kedai anda mungkin dah tak ada. Tapi memori kami membeli VCD filem kegemaran kekal tersemat di hati.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram