Kekurangan Cip Rencatkan Penjualan Produk Teknologi

Industri semikonduktor merupakan industri yang sangat besar serta memberi pulangan yang sangat lumayan kepada pemain utama industri tersebut. Antara syarikat yang terkenal di dalam menghasilkan produk semikonduktor adalah TMSC, Intel, AMD dan juga Qualcomm.

Tatkala pengeluaran semikonduktor di peringkat seluruh dunia sedang menghadapi kekangan pengeluaran, ia menyebabkan permintaan dan persaingan harga yang jauh melebihi pengeluaran.

Baru-baru ini CEO Nokia menjangkakan persaingan dalam mendapatkan komponen elektronik dan semikonduktor ini bakal berlanjutan sehingga tahun 2023. Ramalan tersebut adalah disebabkan Intel masih lagi dilihat tidak mampu untuk menyelesaikan kekurangan pengeluaran cip sejak tahun 2018 lagi.

Sewaktu itu, cip 10nm yang terganggu pengeluarannya menyebabkan impak besar kepada pengeluaran cip 14nm. Kini, pengeluaran cip 7nm pula menghadapi situasi sama.

CEO Apple Tim Cook pula menjangkakan jualan yang lebih rendah untuk produk komputer Mac dan tablet iPad bermula Jun 2021 kerana masalah yang sama. Apple tidak mengalami masalah tersebut pada separuh pertama 2021 kerana mereka menggunakan bekalan semikonduktor lebihan yang sudah dipesan jauh lebih awal. Apple menjangkakan masalah ini akan membuatkan mereka kerugian sebanyak RM12.286 bilion hingga RM16.382 bilion dalam suku ketiga 2021, namun masih mengharapkan keuntungan jika dilihat pada situasi jualan keseluruhan pada tahun ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram