Kenapa Ada Banyak Kereta Proton Dalam Filem Extraction?

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Jika anda menonton filem Extraction di Netflix, anda mungkin akan perasan kewujudan banyak kereta Proton. Antara model Proton yang dapat dikesan dalam filem yang dibintangi oleh Chris Hemsworth itu adalah Proton Satria Neo, Savvy dan Saga FL.

Persoalannya sekarang – kenapa?

Menurut laporan SoyaCincau, pengarah filem Extraction, Sam Hargrave memasukkan banyak kereta Proton dalam filem tersebut untuk menggambarkan realiti sebenar di Bangladesh. Sebagai rekod, plot filem ini berkisar di sekitar India dan Bangladesh.

“Semasa membuat pencarian di Dhaka, Bangladesh dan di seluruh India, kami melihat banyak kereta Proton di jalanan.

“Untuk menjadikan cerita kelihatan seperti sebenar, kami mahukan kereta Proton banyak kelihatan di dalam filem ini.

“Terdapat juga beberapa kereta polis di Dhaka, Bangladesh yang menggunakan kereta Proton kerana kami mahu menggambarkan suasana sebenar di situ. Jadi semua ini untuk memastikan ia memberi pandangan sebenar dan asli di rantau itu,” jelas Hargrave.

Menurut laporan Paul Tan, model Satria Neo dan Savvy sebenarnya tidak dijual di Bangladesh. Tetapi ia masuk dalam filem tersebut kerana penggambaran filem ini dibikin di Ratchaburi, Thailand dan dua model Porton tersebut ada dijual di sana.

Penjualan kereta Proton di Bangladesh diuruskan oleh PHP Automobile. Di Bangladesh, PHP bertanggungjawab memasang lima model kereta Proton iaitu Saga, Preve, Exora, X70 dan Persona di kilang mereka.

Mengenai Extraction

Extraction mengisahkan tentang perjalanan Tyler Rake (lakonan Chris Hemsworth) yang bekerja sebagai tentera upahan ketika cuba menyelamatkan anak kliennya, Ovi Mahajan.

Ovi Mahajan merupakan anak ketua geng dadah India yang diculik oleh ketua geng dadah Bangladesh, Amir Asif. Sepanjang perjalanan untuk menyelamatkan anak kliennya, Tyler berdepan dengan pelbagai masalah, termasuk konspirasi.

Filem ini menjadi filem nombor satu paling banyak ditonton di Netflix Malaysia sepanjang April 2020. Bukan sahaja di Malaysia, malah ia turut menjadi antara filem yang paling banyak ditonton di Netflix seluruh dunia. Fakta ini nyata sangat dihargai oleh Hemsworth sendiri di Instagram:

Baca juga artikel kami yang lain mengenai filem-filem di Netflix:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram