Kim Jong Un Dilaporkan Nazak Selepas Jalani Pembedahan

kim-jong-un-korea-utara

Portal berita terkemuka Amerika Syarikat (AS) CNN melaporkan pasukan agensi keselamatan negara ‘Uncle Sam’ itu sedang memerhatikan situasi kesihatan Diktator Korea Utara, Kim Jong-Un yang sedang nazak.

Kim difahamkan nazak setelah menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.

Desas desus mengenai keadaan kesihatan Kim Jong Un yang tidak baik ketika ini dikuatkan lagi apabila pemimpin agung Korea Utara itu terlepas sambutan ulang tahun kelahiran datuknya pada 15 April lalu.

Memetik laporan akhbar online Korea Selatan, Daily NK menyatakan pembedahan tersebut telah dijalankan pada 12 April dan ianya akibat gaya hidup Kim sendiri yang terlalu banyak merokok, obesiti dan terlalu kuat bekerja.

Sungguhpun begitu, tidak banyak maklumat yang dikongsikan mengenai keadaan sebenar Kim Jong Un sama ada oleh agensi keselamatan Amerika Syarikat ataupun hasil risikan dari Korea Selatan.

Kali terakhir diktator Korea Utara itu muncul di media rasmi negara tersebut adalah pada 11 April lepas.

Baca juga artikel kami lain yang mungkin menarik perhatian anda:

Sumber:

Bacaan Seterusnya