Komen Datuk Dr Noor Hisham Lepas Dapat Pengiktirafan Media China

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Semalam Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diangkat sebagai antara tiga ‘doktor terbaik’ di dunia oleh media China atas usaha cemerlang membendung penularan wabak COVID-19.

Dua lagi tokoh yang dijulang oleh China Global TV Network (CGTN) adalah Dr Anthony Fauci (Amerika Syarikat) dan Dr Ashley Bloomfield (New Zealand).

Menurut CGTN, ketiga-tiga tokoh ini dipuji kerana menjadi sumber maklumat yang bersikap ‘tenang, jelas dan boleh dipercayai’ untuk rakyat ketika pandemik menyerang negara masing-masing.

“Mereka bukan menteri kabinet tetapi ketiga-tiga mereka menjadi muka depan negara mereka dalam respons terhadap COVID-19.

“Kadang kala kerajaan boleh jadi lambat memberi reaksi dan memberi maklumat bercanggah dari fakta ketika wabak pandemik global melanda negara. Tetapi Dr Fauci, DrBllomfield dan Dr Hisham menjadi suara fakta yang tenang dan meyakinkan.”

Dr Hisham, 57, telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah KKM sejak 2013 dan telah mendapat pujian daripada majoriti rakyat Malaysia kerana kemaskini maklumat yang konsisten dan berkredibiliti di media sosial.

Beliau juga tidak berselindung untuk menegakkan fakta dan memperbetulkan mitos, walaupun dari bosnya sendiri. Malah beliau juga dikesan sering mengemaskini maklumat di media sosial sehingga lewat malam.

Komen Dr Hisham terhadap pujian media China

Dalam sidang media harian KKM petang tadi, seorang wartawan bertanya soalan:

“Apa signifikan kepada Datuk dan KKM atas pengiktirafan sebagai salah seorang daripada tiga pengarah kesihatan terbaik dunia?”

Dr Hisham menjawab:

“Sebenarnya pengiktirafan ini bukan untuk saya, tetapi lebih kepada negara. Kami di KKM bergerak sebagai satu pasukan.

“Dan kami di KKM hanyalah memberikan nasihat sahaja, tetapi yang membuat keputusan dan melaksanakan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia.

Beliau langsung tidak mengambil kredit. Malah beliau turut memuji barisan keselamatan merangkumi polis dan tentera, semua pegawai kesihatan, barisan kementerian dan rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai sumbangan Dr Hisham ketika memimpin KKM dalam peperangan wabak COVID-19:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram