Lain Betul! Ini Bunyi Kereta Bugatti Chiron Pada Kelajuan 400km/j

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Bugatti Chiron merupakan sebuah kereta yang dikeluarkan pada tahun 2016 untuk menggantikan model Veyron. Ini bermakna Chiron dilahirkan oleh Bugatti untuk menjadi kereta keluaran kilang yang paling laju di dunia.

Pada harga RM10.5 juta, Chiron dibuat untuk mencabar hukum fizik. Pecutan dari 0-97km/j hanya mengambil masa 2.5 saat.

Kelajuan maksimanya dihadkan kepada 420km/j – hampir 5km/j lebih laju daripada Veyron Super Sport. Kenapa ia dihadkan?

Kerana menurut Bugatti, tak ada pembuat tayar di dunia ini yang mampu membuat tayar yang boleh tahan tekanan apabila Chiron meluncur melebihi 420km/j.

Apabila Chiron dipandu pada kelajuan ‘tak masuk akal’ ini, bunyi yang dikeluarkan tidak seperti yang anda sangka.

Apa yang kami boleh cakap, bunyinya menyerupai bunyi pesawat jet!

@nedrow

##bugatti ##chiron ##bugattichiron ##sunvalley ##idaho ##sunvalleyidaho ##fyp ##foryoupage

♬ original sound – nedrow

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram