Lantai Mozek Zaman Purba Rom Dijumpai Tertimbus Bawah Tanah

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Lantai mozek berusia ribuan tahun berjaya dijumpai tertimbus di bawah tanah sebuang ladang anggur di Negrar, Itali. Apa yang mengejutkan arkeologis adalah kecantikan lantai mozek tersebut masih terpelihara walaupun sudah berada bawah tanah selepas beribu-ribu tahun.

Difahamkan tapak penemuan lantai mozek zaman Rom tersebut merupakan kawasan sama di mana arkeologis menemui sebuah vila zaman Rom pada tahun 1922.

Susulan penemuan vila purba itu, arekologis cuba mencari lagi artifak-artifak purba di kawasan sama yang mempunyai sejarah seawal tahun ketiga Masihi.

Tetapi percubaan arkeologis pada ketika itu gagal membawa apa-apa penemuan sehingga kawasan tersebut dilupakan dan kini menjadi ladang anggur.

Tetapi penemuan lantai mozek ini membuktikan ada banyak lagi sejarah zaman Rom di kawasan itu yang belum diketahui.

Semua bermula pada musim panas 2019 lepas apabila juruteknik dari Superintendency of Archeology, Fine Arts and Landscape of Verona datang semula untuk menggali artifak atas arahan ahli arkeologi, Gianni de Zuccato.

Penggalian mereka berterusan sehingga Februari 2020 sebelum ia terpaksa dihentikan seketika berikutan penularan wabak COVID-19.

Apabila perintah kuarantin ditamatkan, kerja Zuccato dan jurutekniknya diteruskan sehingga lantai mozek ini berjaya dijumpai.

blank
blank
blank

Zuccato kemudiannya memohon kepada Datuk Bandar Negrar di Valpolicella, Roberto Grison untuk memberi kebenaran kepada pasukannya memperluas kawasan galian. Grison bersetuju.

“Kami percaya kawasan ini mempunyai nilai kebudayaan purba yang perlu diberikan perhatian dan diperluaskan,” kata Grison.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram