Lelaki India Potong Lidah Supaya Berhala Hentikan COVID-19

Seorang lelaki India di Gujarat bertindak memotong lidah sendiri, dipercayai sebagai amalan korban kepada Tuhan supaya menghentikan penularan wabak COVID-19 di negaranya.

Insiden tersebut berlaku di Kampung Suigam Taluka, Gujarat yang terletak kira-kira 18km dari sempadan India-Pakistan.

Lelaki tersebut, Vivek Sharma, bekerja sebagai pengukir berhala di Kuil Bhavani Mata di Suigam Taluka. Beliau bekerja di situ dengan adiknya bersama dengan tujuh pengukir berhala lain.

Rakan sekerja Vivek, Brijesh Singh Saab Singh memberitahu polis bahawa Vivek merupakan pemuja berhala Kaali Mata yang sangat taat.

Insiden berlaku pada pagi Sabtu, 18 April. Vivek meninggalkan Kuil Bhavani tersebut untuk pergi ke pasar. Bagaimanapun selepas berjam-jam tidak pulang, adik Vivek menghubungi telefon bimbitnya.

Panggilan tersebut dijawab. Tetapi oleh orang lain yang memberitahu Vivek telah memotong lidah di Kuil Nadeshwari, India. Ketika ditemui orang ramai, Vivek sedang pengsan dengan lidah tersebut berada di tapak tangannya.

Menurut kenyataan polis kepada Times of India:

“Vivek sebenarnya mahu balik ke kampungnya di Madhya Pradesh sejak beberapa hari lepas. Tetapi tak dapat kerana penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan. Hari ini, dia memotong lidahnya tanpa berfikir panjang.

“Kami jumpa dia dalam keadaan tak sedar berdekatan premis kuil dengan lidahnya di tangan. Sami kuil kemudiannya menghubungi pihak berkuasa sebelum Vivek dikejarkan ke hospital di Tharad. Doktor difahamkan cuba menjahit semula lidahnya.”

Selepas sedar dari pengsan, Vivek dilaporkan mengamuk selepas melihat ‘korban’ beliau tidak menjadi.

Keadaan Vivek Sharma selepas doktor berjaya menyambungkan semula lidahnya (Foto: India Photo Agency)

“Dia mengamuk kerana dia ingat pengorbanannya akan menggembirakan berhala Nadeshwari Mataji dan menghentikan wabak COVID-19.”

Baca juga artikel kami lain yang berkaitan: