Lelaki Menyamar Jadi Beg Sampah Untuk Keluar Rumah Ketika Kuarantin

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Seorang lelaki di Philadelphia dan seorang rakannya menyamar jadi beg sampah untuk keluar rumah ketika perintah kuarantin mula dikuatkuasakan.

Dua lelaki yang hanya dikenali menerusi akaun Instagram ftthoncho itu menyarung keseluruhan badan mereka dengan beg sampah berwarna hitam sebelum keluar dari rumah.

Gelagat mereka boleh dilihat melalui video di bawah:

Semua penduduk Philadelphia diarahkan menjalani proses kuarantin sendiri oleh datuk bandar mereka, Jim Kenney pada 23 Mac lepas.

Arahan kuarantin di Philadelphia lebih longgar berbanding di Malaysia. Sebagai contoh, penduduk mereka masih dibenarkan keluar untuk bersenam di tempat-tempat rekreasi awam. Di Malaysia, aktiviti terebut tidak dibenarkan.

Penduduk juga dibenarkan untuk membawa anjing peliharaan mereka untuk keluar berjalan dan menziarahi kawan-kawan dan keluarga.

Selain daripada itu, peraturan kuarantin di Philadelphia lebih kurang sama sahaja dengan perintah kawalan pergerakan di Malaysia.

Orang ramai masih boleh keluar untuk membeli keperluan harian, membeli makanan bungkus, bekerja dalam industri mustahak.

Jadi video di atas tidak menggambarkan realiti kehidupan sebenar penduduk Philadelphia di bawah perintah kuarantin.

Ketika ini Amerika Syarikat baru sahaja melaksanakan perintah supaya hanya satu daripada tiga rakyatnya yang keluar rumah setiap hari.

Sebanyak lebih 54,000 kes positif COVID-19 telah dilaporkan di Amerika Syarikat dengan 784 kes kematian setakat waktu artikel ini sedang ditulis.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai impak wabak COVID-19 kepada dunia:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram