Pasaraya Ustaz Ebit Lew, ELEWSMART Bakal Dibuka Di 10 Lokasi Berikut

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew mengumumkan 10 cawangan pertama pasaraya barang runcit miliknya, ELEWSMART akan mula dibukai bermula Julai 2020.

10 cawangan pertama ELEWSMART akan dibuka di:

  1. Bandar Baru Bangi
  2. Kajang
  3. Cyberjaya
  4. Sg Buloh
  5. Balakong Cheras
  6. Shah Alam
  7. Damansara
  8. Prima Gombak
  9. Gombak Traders
  10. Subang Perdana

Menurut Ustaz Ebit Lew, ketika ini semua cawangan pasaranya sedang menjalani proses renovasi.

Di pihak pengurusan pula, beliau sedang belajar sistem pengurusan sistem daripada Nestle.

“Doakan ya untuk 10 cawangan Elews Mart di sekitar Lembah Klang yang akan dibuka pertengahan bulan Julai 2020. Semua sedang direnovasi. Terima kasih Nestle kerana berkongsi ilmu sistem warehouse untuk dipraktikkan di warehouse kami nanti.

“Baik-baik Boss Nestle semuanya berkongsi ilmu. Sebak rasa dengan layanan dan bantuan semua. Semoga diberkati dan dimudahkan semuanya.”

Doakan yer untuk 10 cawangan Elews Mart disekitar lembah klang dibuka tengah bulan Julai 2020. Semua sedang di…

Posted by Ebit Lew on Tuesday, June 23, 2020

Beliau turut melahirkan rasa syukur ramai pengilang dan pengedar produk memberikan sokongan kepada ELEWSMART dan memberitahu setiap cawangan akan mempunyai bank makanan untuk golongan yang memerlukan.

“Syukur hampir semua pengilang dan distributor support ElewsMart. Terharu semua nak bantu dan bersama dengan ElewsMart. Kita akan dapat berikan harga paling murah insyaAllah. Dan Food Bank akan ada disetiap mart untuk yang memerlukan. Doakan ya. Ini kerana doa tuan puan semua.”

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew mengumumkan hasratnya untuk membuka pasaraya ELEWSMART sebagai salah satu caranya untuk membantu golongan memerlukan mendapat barangan runcit keperluan harian dengan harga termurah.

“Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama. Kita sebuah keluarga.

“Saya nak buat food bank di setiap ElewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.

Masa PKP, 3 lori besar beli makanan agihkan 3 hari sahaja dah habis. Di situ saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.

“Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.”

Pembukaan ELEWSMART ini bakal menjadi perniagaan ketiganya selepas restoran Paramount Coffe House dan butik fesyen Elews.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram